Buletin

PRODUKSI MAZDA MX-5 CECAH 1 JUTA UNIT

Mazda Motor Corporation (MMC) baru-baru ini mengumumkan bahawa produksi model roadster terkenalnya, MX-5 Miata sudah mencecah satu juta unit pada 22 April lalu.

Mazda-MX-5-1-million-mekanika (3)

Angka itu dicapai dalam tempoh 27 tahun apabila pengeluaran massa MX-5 bermula di Kilang Ujina No. 1 di Hiroshima, Jepun pada April 1989.

Mazda-MX-5-1-million-mekanika (7)

“Bermula dari generasi pertama hingga keempat pada hari ini, kami mampu terus menjual MX-5 kerana sokongan padu daripada para peminatnya di seluruh dunia.

“Mazda ditubuhkan di Hiroshima 96 tahun lalu, kami akan terus menawarkan keseronokan memandu dengan model yang menjadi simbol kepada jenama Mazda ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Masamichi Kogai.

Mazda-MX-5-1-million-mekanika (1)

Sebagai tanda terima kasih kepada pemilik dan peminat MX-5, model MX-5 yang ke-sejuta itu akan dipamerkan di Jepun serta seluruh dunia. Siri jelajah itu bermula pada 3 Mei di Festival Bunga Hiroshima.

Sejak dihasilkan, MX-5 telah menerima lebih 200 anugerah di seluruh dunia. Malah, model terbaharunya dipilih sebagai Kereta Terbaik Jepun 2015-2016, World Car of the Year dan World Car Design of the Year 2016.

MX-5 juga memegang rekod Guinness World Record sebagai kereta sports dua tempat duduk open top paling laris selama beberapa tahun.

Jika berminat, pengedar kenderaan jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Motor ada menawarkan roadster yang sangat menarik ini. Cuma harga dia sahaja yang kurang menarik!

Google ads
Back to top button