BuletinMotosikal

PRODUKSI SUDAH BERMULA, BENELLI RFS150i AKAN MULA DIEDARKAN AWAL BULAN JUN

Sejak dilancarkan pada awal April lalu, Benelli RFS150i mencipta satu fenomena baru dalam segmen super kapcai/ super moped tempatan. Kehadirannya sudah tentu memeriahkan lagi pasaran motosikal underbone “premium” yang kini dimonopoli Yamaha menerusi Y15ZR dan Honda RS150R.

Sudah tentu ramai yang tak sabar menunggu motosikal ini berada di pusat pengedar tempatan. kami juga tidak sabar menunggu unit tunggang uji tiba di Kuala Lumpur.

Kami telah membuat panggilan telefon ke beberapa pengedar motosikal utama di Jalan Klang Lama dan Jalan Pahang. Masing-masing sukar menetapkan tarikh bila motosikal ini boleh diserahkan kepada pelanggan. Bagaimanapun tempahan sudah mula diambil sejak pertengahan April lalu.

Kemudian, kami menghubungi MForce Bike Hodling dan Benelli Malaysia mengesahkan bahawa produksi motosikal ini akan berjalan bila-bila masa dan mereka menjadualkan penghantaran kepada pengedar selewat-lewatnya minggu pertama bulan Jun. Sehingga hari ini, Mforce Bike Holding sudah menerima hampir 2000 unit tempahan untuk model RSF150i sahaja.

Jentera ini dijual pada harga RM6,988 untuk spesifikasi standard dan RM7,338 bagi Edisi Khas (SE). Semakan di pengedar motosikal juga memberi harga atas jalan yang berbeza. Purata harga jualan lengkap insurans komprehensif ialah RM8,000 hingga RM8,500. Seperti biasa, tiada yang mengawal harga motosikal di Malaysia ni. Jadi anda kena usaha sendiri untuk bandingkan harga setiap pengedar. Bertabahlah nak..

RFS yang bermaksud ‘Riders For Speed’ itu dikuasakan oleh enjin empat lejang satu selinder dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 15.5hp dan tork 13.0Nm pada 7,000rpm. Uniknya, ia dilengkapi dengan sistem B3SP, pertama dalam segmennya di negara ini.

Sistem B3SP Benelli ‘3-Spark’ membolehkan enjin RFS 150i menjadi begitu fleksibel. Ia menggunakan ketiga-tiga palam pencucuh, bersama sistem ECU motosikal dan pancitan bahan api.

Ia berfungsi mengubah suai pemasaan enjin dan penggunaan palam pencucuh untuk memaksimumkan kuasa. Selain memastikan enjin dapat beroperasi pada suhu rendah, mengoptimumkan kecekapan bahan api dan mengurangkan emisi.

BACA: BENELLI LANCAR PESAING Y15ZR & RS150R – RFS150i

BACA: BENELLI SAH LANCAR LEONCINO 500 TAHUN INI

GALERI

Google ads
Back to top button