PROGRAM TRADE-IN MENARIK UNTUK VW JETTA & PASSAT

SHARE

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengalu-alukan kedatangan tahun baru dengan program pertukaran (trade-in) yang eksklusif ke atas model Jetta dan Passat serba baharu. Program itu bermula sekarang hingga 31 Mac 2017.

Para pemilik kenderaan Volkswagen kini boleh menukar kenderaan lama pada harga menarik untuk membeli model Jetta yang bermula dari RM108,990 atau Passat yang berharga dari RM159,990 seunit. Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan jenama lain juga boleh menikmati program ini dengan harga penukaran yang cukup menarik.

vpcm-jetta-passat-trade-in-program-mekanika-3

Jetta disifatkan sebagai antara sedan saiz sederhana yang terbaik di pasaran dan paling berkuasa dalam kelasnya. Jetta dikuasakan oleh enjin generasi baru 1.4L TSI dengan pengecas turbo tunggal yang dipadankan bersama kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan.  Enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 150PS dan tork setinggi 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Tiga varian ditawarkan; Highline, Trendline dan Comfortline.

BACA: VW JETTA DILANCARKAN HARI INI

Manakala Passat pula menyerlahkan gabungan sempurna aspek gaya dan prestasi. Passat benar-benar telah mendefinisikan semula segmennya. Varian Highline menggunakan enjin TSI dengan sistem pengecas turbo bersesaran 2.0L yang dipadankan bersama kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan.

vpcm-jetta-passat-trade-in-program-mekanika-2

Ia menawarkan kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm di antara 1,500 hingga 4,400rpm. Sentara varian Comfortline dan Trendline pula hadir dengan enjin 1.8L TSI yang dipadankan bersama kotak gear (DSG) 7-kelajuan untuk menjana kuasa mencecah 180PS dan tork 250Nm.

BACA: VW PASSAT B8 – SASAR JUALAN 100 UNIT SEBULAN

Program trade in itu sah untuk pemilik kenderaan dengan minimum pemilikan selama enam bulan mulai tarikh pendaftaran. Kenderaan yang ditukar tertakluk kepada pemeriksaan dan penilaian oleh pengedar-pengedar sah Volkswagen. Mereka berhak membuat keputusan akhir untuk menerima penukaran kereta tersebut atau sebaliknya.

Maklumat lanjut mengenai program trade-in ini, sila kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran anda.

(Visited 75 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top