Buletin

PROMOSI CNY TOYOTA – REBAT TUNAI SEHINGGA RM5,000!

 

Sempena kehadiran tahun ayam, UMW Toyota Motor mengadakan promosi jualan sepanjang bulan Januari 2017.

Dalam tempoh tersebut, rebat tunai sehingga RM5,000 akan ditawarkan ke atas lapan model Toyota iaitu Vios, Camry, Corolla Altis, Hilux, Innova, Fortuner, Avanza dan Sienta. Semua model yang ditawarkan itu adalah untuk stok tahun 2017.

8943DTT004 CNY Sale Promo JAN 2017_PressAd_Star_37x26.1cm_32 cs6

Rebat tunai untuk setiap model adalah seperti berikut:

  • Toyota Avanza – RM2,000
  • Toyota Innova and Fortuner – RM3,000
  • Toyota Corolla Altis – RM3,000 rebat tunai dengan aksesori percuma bernilai sehingga RM5,700
  • Toyota Vios, Hilux dan Sienta – RM4,000
  • Toyota Camry – RM5,000

Beberapa model tahun 2016 juga ada ditawarkan dengan pelanggan bakal menerima rebat tunai sehingga RM10,000. Tawaran ini bagaimanapun tertakluk kepada stok di bilik pameran yang terlibat.

toyota-innova-2016-mekanika

Semua model Toyota hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan itu boleh dipindahkan kepada pemilik baharu jika ia masih dalam tempoh jaminan ketika ia dijual.

Dalam perkembangan berkaitan, bilik pameran Toyota di seluruh negara akan mengadakan program Toyota Showroom Weekender pada 14 dan 15 Januari 2017. Jadi, orang ramai boleh memandu uji model terkini Toyota dan menikmati hidangan ringan di sana.

Maklumat lanjut mengenai promosi atau lokasi bilik pameran Toyota, sila layari laman web: toyota.com.my atau hubungi talian percuma: 1800-8-TOYOTA (869682).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button