Buletin

PROMOSI FAAAAAAAATT-TASTIC DRIVE! UMW TOYOTA

Biarpun sambutan Tahun Baru Cina sudahpun berakhir, namun UMW Toyota masih mahu memberi tawaran terbaik kepada anda semua.

Dikenali sebagai Toyota FAAAAAAAATT-TASTIC DRIVE!, kempen itu membolehkan anda mendapat rebat tunai sehingga RM5,000 dan pelbagai tawaran menarik yang lain. Untuk layak, anda perlu menempah mana-mana model Toyota sebelum 28 Februari 2017.

Jika anda memilih Camry, nikmatilah rebat tunai sebanyak RM5,000 untuk semua varian. Pembelian Vios pula membolehkan pelanggan menerima rebat tunai sebanyak RM4,000 atau RM3,000 dan servis percuma selama tiga tahun, juga untuk semua varian.

Pelanggan yang membeli trak pikap Hilux varian 2.4G (AT/MT) 4×4 dan 2.8G (AT) pula layak menerima rebat tunai sebanyak RM4,000. Baru sahaja dilancarkan tahun lalu, MPV yang semakin popular Sienta juga menawarkan rebat sebanyak RM4,000 atau RM3,000 dan servis percuma selama tiga tahun.

Bagi model Innova dan Altis, rebat tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,000. Pelanggan yang membeli mana-mana varian Altis juga akan menerima aksesori percuma bernilai RM5,700. Semua varian Avanza dan Fortuner pula hadir dengan rebat tunai sebanyak RM2,000 dan RM3,000.

Harus tahu bahawa semua rebat tunai ini sah untuk model tahun 2016 sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tunggu apa lagi? Maklumat lanjut di pautan ini.

BACA: PANDU UJI – TOYOTA SIENTA, MPV GAYA HIDUP MODEN

BACA: REVOLUSI TOYOTA COROLLA – GENERASI PERTAMA HINGGA KE-11

Google ads
Back to top button