Buletin

PROMOSI “FREEDOM FROM GST” GO AUTO – TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM7,300

Sempena sambutan Hari Merdeka dan bulan terakhir Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berada pada kadar sifar peratus, Go Auto Sales Sdn. Bhd. (HAVAL Malaysia) kini menganjurkan promosi Freedom From GST ke atas semua model Haval.

Promosi yang bermula sekarang hingga 31 Ogos 3018 menawarkan penjimatan sehingga RM6,000 melibatkan kadar sifar GST, serta rebat sebanyak RM500 sehingga RM1,500.

Pelanggan boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM6,600 untuk Haval H1 dan RM7,300 bagi Haval H2.

Selain promosi sedia ada, HAVAL Malaysia akan mengadakan siri jelajah ke pusat membeli-belah The Curve pada 9-12 Ogos sebagai sebahagian daripada kempen Reimagine yang bermula awal tahun ini.

“Memandangkan Ogos adalah bulan terakhir pelanggan boleh menikmati GST sifar sebelum pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), GO Auto mengambil kesempatan untuk menambah keterujaan ketiadaan cukai GST dengan promosi sedia ada.

“Kami harap dapat terus memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki sebuah SUV pada harga yang kompetitif,” kata Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal.

Google ads
Back to top button