PROMOSI FUELING PROSPERITY PETRONAS – TAWAR HADIAH UTAMA BERNILAI RM8,888!
Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) akan memberi hampir 9,000 hadiah dalam bentuk poin kesetiaan PETRONAS Gift Card dan kad Mesra bermula 12 Februari hingga 15 Mac 2018.
Promosi Fueling Prosperity yang terbuka kepada semua ahli kad Mesra merupakan sebahagian daripada usaha PDB memberi ganjaran terbaik kepada pelanggan setianya.
Promosi ini menawarkan hadiah utama berupa PETRONAS Gift Card bernilai RM8,888, lapan PETRONAS Gift Card bernilai RM888 setiap satu, poin sebanyak 8,800 kepada 88 orang pemenang dan 8000 poin Mesra untuk 8,888 orang pemenang.
Anda hanya perlu mengisi minyak PETRONAS Primax minimum RM38 untuk merebut hadiah-hadiah hebat itu.
“Pelanggan boleh membeli atau menebus minyak serta barangan lain di Kedai Mesra menggunakan poin PETRONAS Gift Card dan kad Mesra ini. Ia memang selari dengan komitmen kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan,” kata Ketua Divisyen Perniagaan Runcit PBD, Aadrin Azly.
Kad PETRONAS Mesra merupakan program kesetiaan yang menawarkan pelanggan dengan penebusan poin serta-merta. Ia kini menawarkan nilai paling tinggi dalam pasaran peruncitan bahan api dengan tiga poin Mesra bagi setiap liter bahan api yang dibeli.