PROTON. 0% GST, 0% FAEDAH PINJAMAN & 3 BULAN ANSURAN PERCUMA. GILA KAN?

SHARE

Berikutan dengan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar berkuatkuasa pada 1 Jun 2018, pembeli kereta akan menikmati pengecualian cukai beserta penjimatan hebat pada harga kereta. Pelanggan PROTON kini berpeluang untuk mendapatkan lebih penjimatan kerana Syarikat kini sedang berusaha untuk meningkatkan nilai tambahan kepada pelanggan.


Meskipun GST berkadar sifar hanya akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018, pembeli kereta Proton kini boleh menikmati harga rendah secara serta-merta. Walaupun harga yang ditawarkan kekal sama sehingga tarikh GST berkadar sifar dilaksanakan, semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuatkuasa Jun.

Selain daripada potensi penjimatan yang ditawarkan kepada pelanggan PROTON, terdapat juga inisiatif jualan yang menarik bagi bulan Mei yang akan memudahkan mereka memiliki kereta Proton. Promosi Kosong-kosong menawarkan pembeli Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang mendaftar dengan Hong Leong Bank pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama*.

Pelanggan yang memilih untuk membeli Proton Saga atau Proton Persona pula akan menerima ansuran tiga bulan percuma jika mereka membiayai kereta baharu mereka melalui PROTON Commerce*.

Bagi yang menggemari Proton Suprima S pula, mereka akan menikmati diskaun tunai hebat sehingga RM15,172, tambahan nilai kepada harga GST bernilai sifar untuk kereta-kereta ini.

Tawaran GST yang berkadar sifar juga akan diberikan untuk perkhidmatan di semua pusat servis PROTON yang diiktiraf di mana diskaun 6% (untuk kos pekerja dan alat ganti penyenggaraan berkala sahaja) ditawarkan kepada semua pemilik yang menghantar kereta mereka untuk penyenggaraan berkala.

Untuk maklumat lanjut bagi tawaran-tawaran ini, sila kunjungi bilik pameran PROTON yang terdekat atau hubungi talian khidmat Pelanggan di 1-800-88-8398 atau e-mel customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

 

 

Share this post

scroll to top