PROTON AKAN DAPAT TEKNOLOGI TERBAIK GEELY, BUKAN TEKNOLOGI KUNO – DR. LI

SHARE

Sewaktu pelacaran cawangan 4S pertama Proton beberapa hari lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkongsi banyak maklumat mengenai Proton yang dikendalikannya.

Ketika banyak pihak melihat penguasaan Geely dalam Proton menyebabkab identiti nasional hilang, pengurusan Geely pula melihat sebaliknya. Mereka nampak kualiti jenama, pemasaran dan identiti yang ada pada jenama ini.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BACA: PROTON KINI MIIK CHINA – TUN M

Sepertimana yang diketahui, Geely merupakan pemain “muda” dalam sektor automotif yang sedang meningkat naik. Kepakaran yang dimiliki bersama Volvo memungkinkan mereka membina teknologi terbaik dalam industri yang semakin mencabar.

Di China, mereka sudahpun membangunkan kereta-kereta elektrik, hybrid dan PHEV bersama teknologi autonomous yang semakin dipertingkatkan.

Ditanya tentang apa yang akan dapat dimanfaatkan Proton, Dr Li tanpa berselindung membertahu bahawa Proton akan mendapat teknologi terkini yang Geely ada.

BACA: SUV PROTON AKAN DILANCARKAN OKTOBER

Geely baru sahaja memperkenalkan Bo Rui GE yang merupakan kereta hybrid generasi baru PHEV yang dibangunkan bersama Volvo. 

“Sudah tentu, kami akan membawa teknologi terkini yang ada pada Geely, bukan teknologi lama yang telah lama digunakan di China. Kami akan guna teknologi sama sepertimana yang dibangunkan sekarang oleh Geely,” Ujar Dr Li.

 

 

 

 

Share this post

scroll to top