PROTON AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN PROJEK KERETA ASEAN

SHARE

Sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali semula ke kerusi Perdana Menteri pada bulan Mei lalu, isu mengenai kereta nasional kembali hangat.

Di antara isu yang menjadi perbualan ialah apabila Dr. Mahathir menyentuh tentang kemungkinan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional bagi menggantikan Proton. Kenyataan tersebut dibuat apabila Dr. Mahathir berada di Jepun.

Satu pertemuan kemudian diadakan di antara Dr. Mahathir dan pengurusan tertinggi DRB-Hicom, Proton dan Zhejiang Geely Holdings (ZGH). Dr. Mahathir juga diberi peluang untuk memandu uji SUV pertama Proton.

Dr. Mahathir nampaknya berpuas hati dan memuji SUV tersebut. Cerita tentang Proton tidak habis di situ. Dr. Mahathir kemudian membuat lawatan rasmi ke Indonesia dan menyentuh tentang satu lagi berita hangat iaitu projek kereta Asean.

Sebagai imbasan semula, idea kereta Asean dicetuskan oleh Dr. Mahathir sewaktu kunjungan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada 2015.

Proton telah memeterai satu memorandum persefahaman dengan PT Adiperkasa Citra Lestari bagi meneroka kerjasama dalam projek kereta nasional Indonesia yang disaksikan oleh Dr. Mahathir dan Joko Widodo

MoU tersebut kemudiannya senyap tanpa khabar berita sehinggalah sejumlah saham Proton dimiliki oleh ZGH. Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada Oktober 2017 mengumumkan bahawa projek kereta Asean boleh dimulakan kembali.

Projek ini nampaknya semakin jelas apabila Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu laporan oleh theedgemarkets.com memaklumkan bahawa perancangan ini akan diteruskan dan perbincangan akan dibuat dengan PT Adiperkasa Citra Lestari.

Menurut laporan just-auto.com anggaran jualan kenderaan di negara Asean pada tahun 2017 ialah sebanyak 3,385,552 unit. Pasaran terbesar Asean ialah Indonesia dengan jumlah jualan sebanyak 1,079,300.

Jumlah yang besar dan menggiurkan di mana selama ini banyak dinikmati oleh pengeluar asing.

PROTON JALIN KERJASAMA DENGAN PT ACL

BACA: TUN M MAHU BINA SYARIKAT KERETA BARU. DAKWA PROTON KINI MILIK CHINA.

BACA: SUV PROTON BOYUE AKAN DILANCARKAN SELEWAT-LEWATNYA OKTOBER 2018

Share this post

scroll to top