Buletin

PROTON BAKAL BERKUBUR DI INDONESIA?

Umum mengetahui bahawa kebelakangan ini Proton Holdings Berhad (Proton) tidak menjana keuntungan memberangsangkan. Bahkan pelancaran model baharunya juga kurang mendapat sambutan.

proton-badge

Boleh dikatakan Proton semakin nazak. Jika ini situasi yang dihadapi di pasaran tempatan. Apatah lagi pasaran luar negara.

Dikhabarkan Proton Edar Indonesia (PEI) melakukan pembuangan kakitangannya secara besar-besaran.

proton-edar-indonesia-mekanika (1)

Pemberhentian berkenaan dikatakan berkaitan dengan jualan yang tidak memberangsangkan dan keadaan pasaran yang terus merudum.

Difahamkan seramai  80 peratus pekerja diberhentikan. Daripada 54 pekerja, kini hanya tinggal 11 orang.

proton-edar-indonesia-mekanika (4)

Ibarat hidup segan mati tidak mahu, Data Gaikindo menunjukkan rekod jualan Proton hanya mencatat 155 unit bermula Januari sehingga Oktober 2015.

Namun begitu,  belum ada pengesahan rasmi dari PEI sama ada Proton akan menghentikan sementara operasinya atau sebaliknya.

proton-edar-indonesia-mekanika (5)

Di Indonesia, Proton menawarkan model Saga, Gen Persona, Persona Elegance, Preve H-Line, Neo, Exora, dan Suprima. Sepanjang tahun ini, stok yang paling banyak adalah untuk model sedan, Saga dan Exora.

Sesungguhnya Proton memerlukan transformasi besar-besaran untuk kekal kompetitif dalam pasaran dan tanpa campur tangan politik.

proton-edar-indonesia-mekanika (6)

Apakah nasib Proton di Indonesia? Kita nantikan berita terkini dan kami akan cuba dapatkan penjelasan daripada pihak Proton.

Sumber: liputan6.com/  oto.detik.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button