Buletin

PROTON BAKAL LEPASKAN SEMUA PEGANGAN SAHAM-INTAI PELUANG USAHASAMA PENUH DENGAN SYARIKAT ASING

Ini berita yang sensasi yang dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Adakah anda baru mewarisi jutaan pound dari bapa saudara anda dari seberang laut? Ini satu peluang pelaburan yang baik untuk anda. Menurut The Star, CIMB Equities Research mendakwa DRB-Hicom sedang mencari pembeli yang berminat untuk membeli saham syarikat kereta nasional, PROTON. Berminat? Teruskan membaca.

Di antara calon yang berminat setakat ini adalah Volkswagen AG, General Motors, Kumpulan PSA Peugeot Citroen, Renault SA, Suzuki dan Geely. Selain daripada itu menurut sumber masih ada lagi satu dua syarikat yang masih dalam proses merisik. Sumber dalaman Proton pula memberitahu Suzuki mempunyai kelebihan kerana pernah memeterai MoU dengan Proton pada Jun 2015. Suzuki juga membekalkan MPV Ertiga untuk variasi produk Proton akan datang.

Dijangkakan keseluruhan proses bakal dimuktamadkan seawal suku awal pertama tahun hadapan dan DRB-Hicom akan melepaskan 100 peratus pegangannya dalam Proton. Sebenarnya ini bukan satu kejutan memandangkan sebelum ini, seawal tahun 2012 pun sudah ada rancangan untuk menjual Proton kepada pemilik asing. Antara syarikat yang berminat pada ketika itu ialah kumpulan PSA Peugeot Citroen dan Volkswagen AG. Namun usaha ini gagal mencapai matlamat.

Proton-Perdana-media-drive-2016-mekanika (10)

Apa akan jadi bila Proton dikuasai oleh syarikat asing? Adakah ianya akan dikawal seratus peratus warga asing? Adakah namanya akan ditukar kepada Progeot jika bergabung dengan Peugeot? Atau Prenault? Tak kena bukan? Ini antara soalan yang menjadi perbualan hangat di dalam industri. Menurut CIMB Research, ini bukan satu masalah kerana kerajaan Malaysia mempunyai pilihan untuk mengambil balik pegangan sebanyak 79.28 peratus berdasarkan jumlah pinjaman yang diberikan kepada Proton sebanyak RM1.25 billion.

Ke mana hala tuju Proton selepas ini jika gabungan ini berjaya dan faedahnya? Jika dilihat pada calon pembeli kebanyakannya merupakan syarikat Eropah. Kereta-kereta Eropah terkenal dengan kualiti binaannya yang sangat baik. Kemungkinan pemindahan teknologi adalah satu bonus. Faktor kos juga dapat dikurangkan dengan bernaung di bawah bumbung yang sama. Imej cermin tingkap berkuasa mudah rosak akan tinggal sejarah.

proton-exora-mekanika

Sebelum ini juga Proton pernah melakukan pemindahan teknologi dengan jenama Eropah walaupun kurang berjaya. Antaranya Proton Tiara usahasama dengan Citroen. Manakala Waja 1.8  dan Savvy yang menggunakan enjin Renault. Begitu juga dengan sentuhan Lotus pada model-model Proton sebelum ini.

Sejarah gabungan paling berjaya semestinya gabungan Proton dan Mitsubishi yang menghasilkan model yang sensasi seperti model Satria GTI. Walaupun ada masalah yang timbul pada kereta-kereta seperti Savvy dan Waja 1.8, perkara ini mampu diatasi jika pemilik baru memindahkan sepenuhnya teknologi mereka kepada Proton untuk jangka masa panjang.

proton-increase-price-2016-mekanika (4)

Jual pada syarikat luar tidak patriotik? Tuan-tuan harus ingat, Proton merupakan entiti perniagaan. Matlamat perniagaan semestinya MEMBUAT UNTUNG. Lagipun jika dilihat syarikat-syarikat luar seperti Lamborghini sekalipun sudah dijual kepada syarikat asing. Mini? Dah tak jadi milik Britain pun.

Apa lagi? Saya pun dah start menabung ni. Harap-harap sempat cukup dalam masa lima enam ni nak meminang Proton.

Google ads
Back to top button