Buletin

PROTON CATAT JUALAN 4,783 UNIT PADA JANUARI 2018 – PEGANGAN PASARAN NAIK 2.1%

PROTON mencatat jualan 4,783 unit kereta pada Januari 2018 dengan jumlah unjuran pegangan pasaran 10.9 peratus.

Ia merupakan peningkatan daripada 8.8 peratus pegangan pasaran pada bulan sebelumnya, walaupun mencatatkan jualan lebih rendah daripada 4,802 unit pada Disember 2017.

PROTON EXORA FACELIFT 2015

Saga, Persona dan Exora merupakan model paling popular, merangkumi 80 peratus jumlah jualan keseluruhan kereta Proton untuk Januari 2018.

“Sebagai kereta dengan harga yang paling berpatutan dan memberikan nilai hebat bagi segmennya, Saga tetap menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pelanggan Proton, melibatkan sebanyak 41 peratus daripada keseluruhan jualan kereta Proton.

“Sememangnya, Saga telah memperkayakan kehidupan lebih daripada 1.7 juta keluarga Malaysia sejak pengeluaran pertamanya. Ia telah menerima banyak pengiktirafan seperti anugerah ‘Value for Money Car’ pada 2016 dan ‘Compact Sedan of the Year’ pada 2017,” kata Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa.

Proton Saga yang terkini merupakan Saga dari generasi ketiga yang telah banyak melalui peningkatan, pembaharuan dan penambahbaikan. Ia mempunyai kabin yang lebih senyap kerana tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang telah diperbaiki.

Saga juga hadir dengan reka bentuk yang lebih bergaya, praktikal, tahan lasak dan memberikan pelanggan nilai yang lebih berbaloi untuk ciri-ciri keselamatan yang mantap, serta keselesaan di dalam kereta.

Dari harga serendah RM35,590.29, atau hanya RM390 sebulan (tanpa insurans), Saga mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Promosi Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, PROTON menawarkan ganjaran kepada para pelanggan dengan diskaun hebat  untuk semua model Proton iaitu sehingga RM500 untuk Exora, sehingga RM1,000 untuk Saga, sehingga RM1,000 untuk Persona, sehingga RM5,000* untuk Iriz, dan sehingga RM13,888* untuk Perdana.

Pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pusat servis PROTON yang diiktiraf untuk pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma** sebelum memulakan perjalanan jauh. Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah sehingga 24 Februari 2018.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi PROTON Customer Care di 1800 888 398 atau e-mel: [email protected]. Pelanggan juga boleh melayari laman web: www.proton.com atau Facebook rasmi: www.facebook.com/

Google ads
Back to top button