Artikel PilihanBuletin

PROTON ERTIGA BOLEH NAIK GENTING? SELESA KE? (+VIDEO)

Soalan yang paling ramai orang tanya tentang MPV Proton terbaru Ertiga. Seperti biasa, “pakar-pakar automotif” facebook biasanya akan membandingkan produk A dan B dan C. Ada yang dalam kategori sama, ada juga yang di luar perbincangan langsung.

Ibarat bandingkan Perodua Kelisa dengan Mini Cooper S. Sebab kedua-duanya hampir sama saiz.

Apapun, agak susah untuk media malah Proton sendiri dalam menyampaikan informasi kepada pengguna. Bila Proton keluar kereta baru je mulalah laungan kedengaran timing belt tak bagus lah, timing chain tahan lama lah dan macam-macam lagi.

Kalau kumpul semua benda ni, maka Ertiga ni rasanya paling yang “pakar automotif” nak. Produk jenama Jepun yang terbukti reliable, enjin timing chain, dapat taraf EEV yang jimat minyak dan ada blower aircond belakang. Tak cukup lagi?

BACA – PROTON LEBIH MURAH DARI SUZUKI ERTIGA

BACA – MAZDA VX-1, PLATFORM SUZUKI ERTIGA

Jangan nanti kau komplen pula nak sliding door macam vellfire, nak rim 17 inci macam Estima, nak enjin 2.0 liter macam Innova nak suspensi independent macam Stream.

Apapun, tonton video ni. mesej yang sangat ringkas dan sangat membantu untuk mudah faham. Kalau tak faham juga besok Abang Japar nak ubah mekanika ni jadi page masakan.

Kau jangan cabar Abang Japar!

 

Google ads
Back to top button