PROTON IRIZ EDISI TERHAD – 2,000 UNIT, HARGA SAMA

SHARE

PROTON Holdings Berhad memperkenalkan Proton Iriz Edisi Terhad dengan penampilan lebih sporty dan menarik pada acara MAI Malaysia Autoshow 2016 di MIECC, Seri Kembangan hari ini. 

proton-iriz-limited-edition-2016-mekanika-2

Model itu bagaimanapun ditawarkan dengan varian 1.3 CVT Standard dan 1.3 CVT Executive sahaja. Dua rekaan diperkenalkan iaitu ‘Honeycomb’ dan ‘The Stripe’.  Rekaan ‘Honeycomb’ boleh didapati pada Iriz berwarna kelabu dan putih. Sementara rekaan ‘The Stripe’ pula ditawarkan untuk warna merah dan biru.

PANDU UJI PERSONA : DNA TULEN PROTON

KERETA MURAH PILIHAN KAMI

PROTON SAGA ENJIN EMAS

proton-iriz-limited-edition-2016-mekanika-3

Kalau anda suka, baik beli sekarang kerana ia hanya terhad kepada 2,000 unit sahaja. Lebih menarik lagi, harga Proton Iriz Edisi Terhad tidak berubah. Ia masih dijual pada harga bermula RM44,450 hingga RM49,130 seunit.

Menurut Proton, pengenalan Iriz Edisi Terhad ini dibuat untuk mereka yang mahukan kelainan. Tempahan sudah boleh dibuat di semua bilik pameran Proton. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM8,000 untuk model-model terpilih Proton sepanjang November 2016.

Share this post

scroll to top