Buletin

PROTON LANCAR DRIVE FOR GAZA

PROTON Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini telah mengumumkan insiatif mengumpul dana untuk membantu mangsa perang di Palestin, terutama di Gaza.

proton-drive-for-gaza-mekanika (1)

Merupakan kerjasama Proton dan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), inisiatif itu dilancarkan oleh Pengerusi Proton yang juga Pengasas serta Presiden PGPF, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Program itu akan berlangsung sehingga 25 September 2014. Ia adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab korporat Proton dalam menggalakkan keamanan dunia.

“Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin sudah terlalu lama. Pastinya kita sangat bersimpati, terutama dalam serangan terbaharu yang dilancarkan oleh regim Zionis. Sekurang-kurangnya, sumbangan ini dapat meringankan beban mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

proton-drive-for-gaza-mekanika (2)

Pengumpulan dana itu akan melibatkan beberapa buah Proton Suprima S yang dipandu oleh Pasukan Roving Proton. Kereta yang ditampal dengan pelekat “DRIVE FOR GAZA” akan dipandu di kawasan-kawasan tumpuan ramai untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul sumbangan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menderma menerusi kotak-kotak derma yang diletakkan di semua 221 pusat jualan Proton dan 270 pusat servisnya di seluruh negara. Kepada mereka yang ingin menderma menggunakan cek, sumbangan mestilah dibuat di bawah nama “Perdana Global Peace Foundation”. Kemudian, hantarkannya ke alamat berikut:

PROTON Group Communications, PROTON Holdings Berhad,

Centre of Excellence, KM33.8 Westbound Shah Alam Expressway,

47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sumbangan juga boleh terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank PGPF bernombor: 5641 0041 5711.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button