PROTON LANCAR ERTIGA XTRA – KERUSI WARNA GELAP, SKRIN SENTUH 7”, BERMULA RM56,773 SEUNIT

SHARE

Proton telah melancarkan Ertiga facelift 2018 pada acara penutup Proton 1Tank Adventure di Pulau Pinang, malam semalam.

Ertiga 2018 ditawarkan dalam tiga varian:  

Premium AT: RM62,278

Executive AT: RM59,525

Executive MT: RM56,773

MPV yang dibina di atas model Suzuki Ertiga itu menerima dua penambahbaikan utama. Ia kini didatangkan dengan tempat duduk fabrik berwarna lebih gelap yang menggunakan material baru.  

Ini merupakan satu perubahan yang wajar kerana Ertiga sebelum ini hadir dengan tempat duduk berwarna beige.

Warna tersebut dilihat kurang sesuai kerana sebagai sebuah kenderaan keluarga, warna sebegitu sememangnya mudah kotor.

Satu lagi penambahbaikan ketara ialah penggunaan head unit dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci. Sistem itu menawarkan fungsi seperti navigasi, radio, pemain DVD, Bluetooth dan Smart E-Link iaitu ketersambungan telefon pintar.

Ertiga masih menggunakan khidmat enjin empat silinder 16 injap DOHC bersesaran 1.4 liter.

Dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan, ia mampu menjana kuasa 91hp dan tork maksimum 130Nm pada 4,000rpm.

Dari segi keselamatan, Ertiga dilengkapi dua beg udara di hadapan, sistem brek anti kunci (ABS) dengan EBD, cagak ISOFIX dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan Ertiga Xtra dalam empat warna menarik seperti merah, coklat, putih dan kelabu.  

GALERI 

Share this post

scroll to top