PROTON, LOTUS GROUP & GOLDSTAR TANDATANGANI JV

SHARE

PROTON Holdings Berhad (Proton) yang juga pemilik penuh Lotus Group baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama (JV) dengan Lotus Group International Limited United Kingdom (Lotus Group) dan Goldstar Heavy Industrial Co. Ltd. (Goldstar) bagi mengembangkan perniagaan kereta Lotus di pasaran China. 

proton-lotus-goldstar-jv-mekanika  (1)

Perjanjian itu bermatlamat mempercepatkan pembangunan kereta-kereta Lotus untuk segmen kereta sports premium di republik tersebut. Selain mengambil manfaat daripada insentif yang ditawarkan oleh pihak berkuasa wilayah Fujian.

Proton diwakili oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Manakala Lotus Group International Limited dan Goldstar masing-masing diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusinya, Jean-Marc Gales serta Zheng Qianghui.

 

Perjanjian itu menyaksikan sebuah syarikat kerjasama akan ditubuhkan bagi  melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menggunakan teknologi temaju. Syarikat itu kemudian bertanggungjawab menjual kenderaan penumpang Lotus dan menyediakan khidmat selepas jualannya di sana.

“Pada 7 April 2015, Lotus mengumumkan bahawa jualan kenderaannya untuk tahun kewangan 2014/15 meningkat sebanyak 55 peratus berbanding tahun sebelumnya. China dilihat menjadi pasaran eksport utama Lotus dan dijangka tumbuh dalam kadar yang pantas,” kata Jean-Marc Gales.

Dalam perkembangan berkaitan, Lotus akan terus mengilang model-model seperti Evora, Exige dan Elise secara eksklusif di ibu pejabatnya di Hethel, England.

Share this post

scroll to top