Buletin

PROTON MULAKAN EKSPORT KE CHILE

Proton hari ini memulakan penghantaran sebanyak 50 unit Preve dengan pemanduan sebelah kiri (LHD) ke pasaran Chile.

Proton-export-Chile-mekanika (8)

Preve tersebut akan dihantar ke San Antonio, Chile mewakili kumpulan pertama daripada 1,000 unit Proton yang ingin dijual di pasaran Amerika Latin tersebut pada tahun ini.

Kereta-kereta Proton akan dijual oleh Andes Motor, anak syarikat Kumpulan Kaufmann, wakil pengedar di Chile yang telah memeterai perjanjian pengedaran bersama Proton pada 1 Julai 2015.

Proton-export-Chile-mekanika (2)

Proton memasuki semula pasaran Chile selepas Perjanjian Bebas Perdagangan (Free Trade Agreement, FTA) Malaysia-Chile ditandatangani pada 25 Februari 2012. Hasilnya, pengeluar kereta nasional itu ditawarkan pengecualian duti import sebanyak enam peratus.

“Pengecualian ini membuka peluang kepada kami untuk mengenalpasti pasaran yang sesuai bagi pemanduan di sebelah kiri (LHD) bagi kereta-kereta Proton,” Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah.

Proton-export-Chile-mekanika (7)

Selain Prevé, Exora dan Saga juga merupakan antara model-model yang akan dipasarkan ke bandar-bandar utama Chile seperti di Santiago, Concepcion Vina La Serena, Antofagasta dan Valdivia Temuco Osorno.

Sebelum ini, Proton berjaya menjual hampir 3,000 unit kereta dari tahun 1994 hingga tahun 1998. Kini, ia mempunyai rakan kongsi baru yang merupakan pengedar utama bagi pelbagai kenderaan seperti bas, lori dan kereta mewah.

Proton-export-Chile-mekanika (5)

Andes Motor juga memiliki rangkaian pasaran yang luas untuk menyedia serta menguruskan aspek jualan dan perkhidmatan selepas jualan. Proton ialah jenama kereta pertama yang mereka akan pasarkan ke pasaran massa.

Dengan populasi Chile mencecah 17.6 juta dan pasaran industri keseluruhan berjumlah kira-kira 330,000 buah kenderaan, ia menjadi antara peluang keemasan bagi PROTON meningkatkan pengeluaran, meluaskan jualan dan mengembangkan kewujudan jenama Proton di pasaranantarabangsa.

Proton-export-Chile-mekanika (1)

Proton dijangka melancarkan jualan model Prevé dan Exora di Chile pada Mei 2016. Sebelum diikuti oleh Saga pada November 2016.

Antara varian yang akan ditawarkan di neara Amerika Latin itu termasuklah Prevé 1.6 Standard MT, Prevé 1.6 Executive MT dan Prevé 1.6 Premium CVT. Model Exora pula ialah 1.6 Standard CVT dan Exora 1.6 Premium CVT. Di samping Saga FLX 1.6 Standard MT dan Saga FLX 1.6 Premium MT.

Google ads
Back to top button