Buletin

PROTON MULAKAN PROSES UJIAN DAN VALIDASI ENJIN BAHARU

Proton semalam mencatat sejarah tersendiri apabila menghidupkan enjin terbaharunya, 1.5L TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) di United Kingdom.

Proton-firing-new-engine-mekanika (2)

Acara istimewa yang dilakukan secara live telecast di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam itu menandakan bermulanya proses ujian dan validasi enjin tersebut.

Enjin itu adalah salah satu daripada keluarga enjin baharu Proton yang dibangunkan bersama pengeluar enjin terkemuka, Ricardo Group dan Lotus. Dimulakan sejak Mac 2015, enjin baharu itu dikatakan lebih berkuasa (20 peratus), menjimatkan bahan api (purata 25 peratus lebih baik) dan rendah emisi berbanding enjin sedia ada Proton.

Proton-firing-new-engine-mekanika (5)

Ia melibatkan empat siri dengan enam varian enjin iaitu:

  • 1.0L 3 silinder VVT (Variable Valve Timing)
  • 1.2L 3 silinder VVT
  • 1.3L 4 silinder GDI (Gasoline Direct Injection)
  • 1.5L 4 silinder GDI
  • 1.3L 4 silinder TGDI (Turbocharged Gasoline Direct Injection)
  • 1.5L 4 silinder TGDI

Proton-firing-new-engine-mekanika (4)

Enjin 1.5L 4 silinder TGDI disifatkan sebagai varian enjin yang paling berkuasa. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 180hp dan tork 250Nm. Kuasa ini dikatakan cukup untuk menggerakkan model lebih besar seperti Perdana tanpa sebarang masalah.

Pembangunan enjin ini menelan belanja sebanyak RM600 juta dan bakal menjana model-model baharu Proton mulai penghujung tahun 2017.

Proton-firing-new-engine-mekanika (1)

Ketua pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah menyatakan bahawa enjin tersebut akan diuji di 25 pusat ujian dyno selama 250,000 jam iaitu bersamaan jarak perjalanan sejauh 4.8 juta kilometer.

“Seramai 200 orang jurutera terlibat dalam pembangunan enjin yang memakan masa selama tiga tahun ini. Kami juga telah menempatkan seramai 20 orang jurutera Proton di Englad bersama pasukan jurutera dari Lotus dan Ricardo,” kata Harith.

Enjin berkenaan akan dipadankan dengan kotak gear transmisi CVT baharu yang dibangunkn oleh Jatco. Menepati piawaian Euro 6C, ia membolehkan keluarga enjin ini  digunakan di banyak pasaran selepas tahun 2020.

Syabas dan selamat maju jaya Proton!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button