PROTON PERDANA TERIMA ANUGERAH ‘MALAYSIA GOOD DESIGN MARK’

SHARE

PROTON Holdings Bhd hari ini mengumumkan bahawa model Proton Perdana telah menerima anugerah Malaysia Good Design Mark (MGDM). Diiktiraf oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MDC), anugerah tersebut adalah untuk kategori Kawasan Umum dan Kenderaan.

Perdana yang dilancarkan secara rasmi pada 14 Jun 2016, mendapat pengiktirafan tersebut berdasarkan reka bentuk menarik untuk produk yang dibangun dan dikeluarkan oleh tenaga tempatan.

“Saya dedikasikan pengiktirafan ini kepada mereka yang telah mencurahkan bakat dalam projek Perdana. Banyak lagi ruang yang PROTON perlu perbaiki. Justeru, anugerah ini tentunya menyuntik semangat kepada PROTON untuk bekerja lebih keras dalam menyediakan kereta dengan rekaan dan kejuruteraan yang lebih baik kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali.

MGDM adalah program pengiktirafan reka bentuk oleh kerajaan Malaysia di bawah Majlis Reka Bentuk Malaysia. Penubuhannya bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada industri tempatan yang cemerlang dalam menyediakan produk berkualiti dan inovatif. Selain menggalakkan peningkatan kualiti pengeluaran melalui penyelidikan dan pembangunan.

Perdana kini sebaris dengan model Satria Neo dan Persona generasi sebelum ini yang telah mendapat anugerah sama daripada MDC pada 2007 dan Iriz pada 2014.

Pada 2016, Perdana telah dianugerahkan dengan ‘Best Local Car Design of the Year 2016’ oleh Carsifu Editors’ Choice Award, sebuah penerbitan pemotoran di bawah The Star Media Group.

BACA: PROTON SAGA – KERETA RAKYAT YANG DIBINA OLEH JIWA RAKYAT MALAYSIA

BACA: PROTON LANCAR IRIZ DI INDONESIA

(Visited 17 times, 12 visits today)

Share this post

scroll to top