Buletin

PROTON PERTIMBANG OPERASI CKD DI MESIR, MAHU TEROKA PASARAN AFRIKA UTARA

Tahun 2019 akan memperlihatkan perubahan besar pada pasaran automotif Mesir. Pengurangan cukai import untuk kereta-kereta Eropah secara beransur-ansur akan membawa kepada harga yang lebih rendah dan pengguna akan memilih untuk membeli kereta-kereta tersebut.

Untuk mengatasi cabaran ini, PROTON dan rakan kongsinya di Mesir sedang mempertimbangkan pelbagai strategi termasuk memulakan operasi CKD (Complete Knock Down)

Walau bagaimanapun, strategi yang dirancang memerlukan pengambilan beberapa langkah penting termasuk kajian kebolehlaksanaan untuk memastikan ia menjadi pelaburan ekonomi munasabah oleh semua pihak yang terlibat.

BACA: PROTON KEMBALI KE MESIR

Dengan mewujudkan operasi CKD ia bermakna PROTON akan dapat memanfaatkan insentif pemasangan tempatan dan Mesir boleh digunakan sebagai hab serantau untuk menghasilkan kereta-kereta yang akan dijual di rantau Timur Tengah Afrika Utara (MENA).

“Model-model yang kami lancarkan di Mesir ini akan memulakan penjenamaan semula PROTON di pasaran negara berkenaan. Aktiviti susulan harus dilaksanakan bagi memastikan momentum jualan berterusan dan diharapkan proses CKD dapat dimulakan selepas itu. Matlamat kami dengan operasi CKD di Mesir, ia tidak akan hanya terhad kepada hanya pasaran tempatan kerana kami juga akan cuba memenuhi permintaan dari seluruh negara MENA,” kata Dr Li Chunrong.

Untuk memastikan kemasukan model-model PROTON baharu ini menerima publisiti meluas dengan cepat, rakan-rakan media dijemput untuk memandu uji kereta-kereta tersebut selepas acara pelancaran. Dua hari kemudian, para pelanggan akan menghadiri acara ‘Hari Keluarga’ yang menyediakan pameran kereta, aktiviti pandu uji, live band, persembahan badut dan tarikan-tarikan lain di taman hiburan mini di dalam premis PROTON 4S itu.

Google ads
Back to top button