Proton Preve Ke Brunei

SHARE

Pengeluar kereta Nasional, Proton pada Khamis lalu (7 Februari 2013) melancarkan model Prevé di Brunei Darussalam.

Kini, pengguna di Brunei boleh memiliki model popular keluaran Proton, Prevé apabila sedan itu dilancarkan secara rasminya di sana. Prevé akan diedarkan oleh pihak United Motors Sdn. Bhd. (United Motors). 

“Kami amat teruja dengan kehadiran Prevé di Brunei. Kami sentiasa menunggu untuk melancarkan model ini selepas ia diperkenalkan di pasaran Malaysia paada April 2012. Mulai hari ini, rakyat Brunei boleh membeli model Proton yang mewakili kenderaan generasi baharu Proton dalam aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, kualiti binaan, teknologi dan rekaan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Lukman Ibrahim. 

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Tidak dapat dinafikan bahawa Proton begitu agresif memperkenalkan Prevé ke pasaran luar negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Pada Oktober lalu, Prevé menemui pengguna di Australia sewaktu acara Australia International Motorshow 2012. Pada November pula, Prevé dilancarkan di Thailand pada Thailand International Motor Expo 2012 di Bangkok.

Brunei menjadi pasaran antarabangsa ketiga buat Prevé, di samping 14 model lain Proton yang turut dijual di sana. 

“Menerusi pengenalan Prevé di Brunei, Proton membuktikan komitmen dan kesungguhan untuk mengukuhkan dirinya sebagai satu jenama yang boleh dipercayai dan menjadi pilihan di rantau ini. 

“Selaku pengedar tunggal Proton di Brunei, kami percaya bahawa United Motors komited untuk membantu Proton menjadi sebuah pengeluar kenderaan global,” tambah Lukman. 

Diadakan di Radisson Hotel Mutiara Ballroom, majlis turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Brunei, Datuk Abdullah Sani Omar dan Pengarah Urusan United Motors, Simon Gelan. 

Secara ringkasnya, Prevé ditawarkan dalam tiga varian. Varian Executive dijana oleh enjin 1.6 liter CAMPRO IAFM dan dipadankan dengan kotak gear manual atau Continuous Variable Transmission (CVT) enam kelajuan. 

Sementara varian Premium pula dikuasakan oleh unit enjin turbo 1.6 liter generasi baharu buatan Proton. Kuasa yang dikatakan menyamai enjin 2.0 liter itu kemudian diagih oleh transmisi CVT ProTronic tujuh kelajuan.

Di pasaran Brunei, Prevé ditawarkan pada harga BND$ 26,900 (RM67,361) untuk varian manual dan BND$ 28,550 atau RM71,493 bagi model Executive CVT. Manakala varian Premium berharga BND$ 32,650 (RM81,761) seunit. 

Sedan itu hadir dalam enam warna untuk dipilih iaitu biru, hitam, putih, merah, coklat dan perak, bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan 150,000km (mana-mana tiba dahulu).

Gallery

[hr_invisible]

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top