PROTON RANGKUL 3 ANUGERAH ASEAN NCAP

SHARE

Komitmen Proton membina kereta penumpang yang selamat sekali lagi dihargai apabila mereka merangkul 3 anugerah dalam acara Stop the Crash ASEAN 2016.

3 anugerah tersebut ialah ialah:

  1. Most Affordable 5-Star ASEAN NCAP Car in Malaysia – Proton Iriz,
  2. Most Affordable 5-Star ASEAN NCAP Car in Thailand – Proton Prevé, dan
  3. Rising Star Award – Proton Saga baharu.

“Dengan rasa rendah diri, kami amat gembira dengan pengiktirafan yang diberikan. Ini merupakan kemuncak kepada usaha berterusan PROTON dalam memberikan lebih nilai kepada pelanggan.

MILIKI PROTON DENGAN KADAR FAEDAH 1.99%!

PROTON memberikan penekanan kepada aspek keselamatan dan kami berbesar hati menerima pengiktirafan ini,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Semua varian Iriz dan Prevé didatangkan sepenuhnya dengan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan cerun, beg udara dan sistem peringatan tali pinggang keledar.

BACA – RANJAU PANJANG PROTON

BACA – PROTON MUNGKIN JUAL LOTUS UNTUK TERUS HIDUP

Melengkapi ciri-ciri keselamatan kereta itu adalah struktur badan Hot Press Forming (HPF), yang merupakan teknologi Jerman yang diterima pakai oleh PROTON. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini seterusnya memberikan kestabilan yang lebih baik dan yang lebih penting, menjadikan kabin penumpang lebih kuat untuk perlindungan yang lebih baik.

“Generasi ke-3 Saga baharu, varian Premium 1.3L juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan cerun, 2 beg udara, ISOFIX dan top-tether, dengan sensor keliling pada hanya RM45,800.

Proton-Preve-Ke-Brunei-9

Evolusi Saga mencerminkan kesungguhan PROTON untuk memperbaiki Saga dari hanya bertaraf 1 Bintang pada 2012 ke 3 Bintang pada 2013 dan baru-baru ini mencapai 4 Bintang apabila diuji pada 2016, seterusnya memenangi anugerah Rising Star.

Kami bersyukur dengan pengiktirafan kerja keras ini dan kepercayaan berterusan ke atas produk kami. Ini pastinya menyuntik semangat agar PROTON terus bekerja kuat untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dan menghasilkan kereta mampu milik dan selamat di rantau ini,” tambah Dato’ Fuaad.

ASEAN NCAP atau Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara merupakan usaha bersama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Global NCAP. Ia adalah tambahan kepada keluarga NCAP dalam meningkatkan piawaian keselamatan kenderaan, meningkatkan kesedaran pengguna dan menggalakkan kenderaan lebih selamat di rantau ini.

(Visited 4 times, 4 visits today)

Share this post

scroll to top