PROTON RASMI PUSAT 3S BAHARU, SAG WIRA DI KLANG – BAKAL NAIKKAN JUALAN & SERVIS 30%

SHARE

Proton baru-baru ini merasmikan pusat 3S terkininya, SAG Wira di Klang, Selangor.

Dikendalikan oleh SAG Wira Sdn. Bhd. (SAG Wira), pusat 3S itu telah diubahsuai sepenuhnya untuk memenuhi standard bagi sebuah cawangan PROTON.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Ia terletak di Persiaran Raja Muda Musa, sebuah kawasan komersil yang dikelilingi oleh komuniti penduduk yang padat. Selain bangunan berwajah baru, SAG Wira juga memiliki sebuah pusat ketuk dan cat yang terletak di Kampung Batu Belah, Klang.

Kos pengubahsuaian pusat 3 S dianggarkan mencecah setengah juta yang merangkumi kemudahan tambahan seperti ruang penyerahan kereta serta bilik perbincangan. Ia juga dilengkapi dengan enam ruang penyelenggaraan dan servis pengangkat.

Selari dengan hala tuju baharu Proton, pusat 3S di seluruh negara kini sedang giat melakukan penambahbaikan.

Sehingga 21 September 2018, terdapat 100 cawangan telah mendapat kelulusan untuk dinaik taraf ke cawangan 3S/4S, sekitar 92 peratus berbanding sasaran 109 cawangan menjelang Oktober tahun ini.

Dengan adanya kemudahan baharu ini, pihak pengurusan SAG Wira menjangkakan jualan dan servis akan meningkat sebanyak 30 peratus. Syarikat juga menambah kakitangan jualan dan servis untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pelanggan turut disediakan dengan kemudahan seperti WIFI percuma, komputer riba, ruang mengecas telefon bimbit dan ruang minuman yang selesa serta parkir yang luas.

Lokasi: Lot 1713, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor.

  • Jumlah kakitangan jualan: 21, servis 15
  • Waktu Operasi: Jualan: Isnin – Sabtu: 8.30 am – 7.00 pm
  • Ahad & Cuti Umum: 10.00 am – 6.00 pm
  • Servis: Isnin – Sabtu: 8.30 am – 5.30 pm
  • No,. tel: 03-33723868
  • E-mel : SAGWira@proton.com

GALERI

Share this post

scroll to top