Buletin

PROTON SAGA SV – DARI RM33,438

Sabtu lalu, pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) memperkenalkan model paling mampu miliknya setakat ini, Proton Saga Super Value (SV). Ditawarkan pada harga bermula RM33,438 seunit, ini ialah kereta yang wajar anda pertimbangkan jika sedang berkira-kira untuk membeli kenderaan baharu. 

SV dipertontonkan buat pertama kalinya kepada pihak media dan khalayak di bilik pameran Proton Edar Platinum Mutiara Damansara. Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman.

PELANCARAN PROTON SAGA SV

Turut hadir ialah Pengerusi Proton, Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim.

Dibangunkan sebagai salah satu rangkaian model Saga FLX, tawaran terbaharu ini merupakan sebagian daripada usaha Proton untuk menawarkan kenderaan yang mampu milik dan berbaloi kepada pengguna. Di samping menyokong komitmen kerajaan untuk mengurangkan harga kereta di antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

PELANCARAN PROTON SAGA SV

Walaupun semakin murah, Saga SV sebenarnya ditambah dengan pelbagai ciri baharu terutama melibatkan aspek keselamatan.

Sedan entry level ini mendapat penarafan tiga bintang dalam program penilaian ASEAN NCAP. Ia dilengkapi dua beg udara, kerangka lebih tegar dan tali pinggang belakang bersama ciri praregangan. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil pula, terdapat anchor untuk membolehkan anda meletak kerusi bayi dengan selamat.

PELANCARAN PROTON SAGA SV

Harus tahu bahawa pengurangan harga SV tiada kena mengena dengan pembuangan mana-mana ciri penting. Harganya juga bukan disebabkan oleh rebat, diskaun atau promosi.

Tetapi, Proton mampu menawarkan harga sebegitu menerusi aspek kejuruteraan dan analisis nilai. Penurunan harga hampir RM5,000 berbanding model Saga FLX juga disumbang oleh  perancangan penstrukturan vendor.

sv 1

Murahya sebuah SV membolehkan anda memilikinya dengan hanya membayar pinjaman bulanan bermula daripada RM250 sebulan! Pembeli juga mungkin sempat untuk beraya dengan kereta baharu jika membuat tempahan awal.

Mohd Khamil menyatakan bahawa Proton sentiasa merancang dan mencari jalan untuk mengurangkan kos kenderaannya. Pada masa yang sama meningkatkan kualiti dan aspek keselamatan kereta keluarannya.

Saga SV dilengkapi rim besi bersaiz 13 inci, radion 1-DIN dengan pemain cakera padat, stereng kuasa, cermin sisi yang dikawal secara manual dan sistem keselamatan immbobiliser.

PELANCARAN PROTON SAGA SV

Sudah dibuka untuk tempahan, Saga SV dikuasakan oleh unit enjin sama yang digunakan pada model Saga FLX iaitu Campro IAFM bersesaran 1.3 liter. Enjin berkuasa 94hp dan 120N itu kemudian dipadankan bersama transmisi manual lima kelajuan atau kotak gear automatik CVT.

Saga kekal sebagai model terlaris Proton. Justeru, Proton mensasarkan untuk menjual sebanyak 2,000 buah Saga SV sebulan dalam usaha mencapai sasaran jualan kira-kira 80,000 buah model Saga pada tahun ini.

slider luar

Ini sekali gus mencapai penguasaan pasaran sebanyak 30 peratus untuk segmen B yang sebelum ini berada pada tahap 24 peratus. Proton juga yakin bahawa Saga SV akan meningkatkan keuntungan syarikat.

“Kami sangat berharap dengan pakej harga dan peningkatan ciri yang ditawarkan, ia mampu menarik minat pembeli terhadap varian Saga FLX serta meningkatkan jenama Proton,” kata Mohd Khamil.

PELANCARAN PROTON SAGA SV

Berhasrat untuk menjadi pengeluar kenderaan No.1 di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, Mohd Khamil mengakui bahawa pihaknya akan membawa varian baharu ke pasaran Indonesia tidak lama lagi. Namun, ia perlu memenuhi permintaan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum boleh mengeksportnya.

Beliau juga menyatakan Proton merancang untuk menggantikan semua model sedia ada dengan model baharu.  Dalam perkembangan sama, Proton sedang mengkaji untuk menyelaraskan harga keretanya di seluruh negara. Maka, ia kini sedang menilai cara untuk menyelaras dan menyerap kos yang perlu supaya semua rakyat Malaysia boleh membeli kenderaan Proton pada satu harga.

Saga SV didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu putih, coklat, hitam, perak, merah dan biru (warna baharu). Ia juga hadir dengan jaminan kilang selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

PELANCARAN PROTON SAGA SV

Harga atas jalan Saga SV

Varian

Semenanjung M’sia

M’sia Timur

Labuan

Langkawi

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Saga SV MT

RM33,438

RM33,888

RM36,138

RM36,588

RM33,050

RM33,500

RM30,917

RM31,367

Saga SV CVT

RM36,438

RM36,888

RM39,138

RM39,588

RM35,760

RM36,210

RM34,280

RM34,730

 Harga varian Saga yang lain

VARIAN

Semenanjung M’sia

M’sia Timur

Labuan

Langkawi

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Solid

Metalik

Solid

Metalik

FLX 1.3 CVT EXECUTIVE

44,773.15

45,223.15

47,560.00

48,010.00

44,010.00

44,460.00

42,473.15

42,923.15

FLX 1.3 MT EXECUTIVE

42,173.15

42,623.15

44,960.00

45,410.00

41,410.00

41,860.00

39,873.15

40,323.15

FLX 1.3 CVT STANDARD

41,373.15

41,823.15

44,140.00

44,590.00

41,060.00

41,510.00

39,223.15

39,673.15

FLX 1.3 MT STANDARD

38,373.15

38,823.15

41,140.00

41,590.00

38,060.00

38,510.00

36,223.15

36,673.15

FLX 1.6 CVT SE

49,476.50

49,926.50

52,062.90

52,512.90

47,462.90

47,912.90

47,376.50

47,826.50

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button