Buletin

PENCARIAN PROTON SEARCH!

PROTON Holdings Bhd (Proton) menganjurkan peraduan  ‘The PROTON Search’ khusus buat pemilik setia kenderaan Proton di Malaysia.

The-PROTON-Search-Contest- Visual-mekanika

Peraduan selama 13 minggu itu akan bermula esok (8 Mac) sehingga 8 Jun depan. Proton menjemput semua pemilik setia dan paling lama menggunakan kenderaan Proton untuk berkongsi kisah mereka.

Kriteria yang diperlukan ialah kereta masih berada dalam kondisi baik dan mempunyai jumlah perbatuan paling tinggi.

Peraduan berkenaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan dan lesen memandu sah. Kereta juga perlu memiliki cukai jalan dan insurans yang diperbaharui setiap tahun sejak mula dimiliki. Ia mestilah milik individu dan tidak digunakan secara komersial.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata sejak ditubuhkan, sebanyak 5 juta unit kereta Proton sudah terjual.

“Ini adalah cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan setia Proton dan membawa mereka lebih dekat dengan Proton. Kami perlu menjaga pelanggan yang memilih untuk membeli kereta Proton dan bangga memandu jenama tempatan,” katanya.

Seramai 11 pemenang akan dipilih. Hadiah utama ialah Proton Saga baharu yang bakal dilancarkan. Sementara 10 orang pemenang sagu hati akan menerima pengubahsuaian bernilai RM5,000 dan RM1,000.

Untuk menyertainya, anda hanya perlu menghantar borang penyertaan, artikel pendek tentang kenderaan dan gambar kenangan bersama kereta. Peserta juga boleh menghantar video berdurasi 60 saat.

Borang boleh diperolehi di pusat jualan Proton atau muat turun di laman rasmi www.proton.com. Salinan borang berkenaan juga diterima. Maklumat lanjut, layari laman rasmi Proton atau Facebook www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau instagram@ProtonCars.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button