PROTON TAYANG VIDEO TEASER SAGA DI FB  

SHARE

Tengah seronok layan Netflix sekejap tadi, saya terperasan Proton ada menayangkan satu klip video pendek tentang Saga di laman Facebook rasminya, Proton Cars.

Walaupun hanya berdurasi 15 saat, video ini nampak menarik dengan aksi dua buah Saga dipandu laju di dalam sebuah hangar kapal terbang.

Kalau anda perasan, tengah malam semalam,kami telah pun menyiarkan laporan impresi pertama hasil pandu uji ringkas Saga di litar ujian Proton di Shah Alam baru-baru ini.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Proton-Saga-video-mekanika (1)

Sebagaimana yang diketahui ramai model penting Proton itu akan dilancarkan secara rasmi pada Rabu depan (28 September 2016).

Saga yang dijana oleh enjin 1.3 liter VVT akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard manual, Standard CVT, Eksekutif dan Premium. Harganya pula sangat mesra rakyat, bermula dari RM37,000 hingga RM46,000 bergantung kepada varian yang anda pilih.

Sebagai sebuah kereta bajet, ramai rakan saya yang turut serta dalam sesi uji pandu ringkas baru-baru ini mengakui bahawa Saga ini lebih mantap tahap pengendaliannya.

Proton-Saga-video-mekanika (2)

Bukan itu sahaja, Proton juga mahu memastikan aspek keselamatan tidak diabaikan. Maka, Saga telah mendapat penarafan empat bintang NCAP. Malah, varian paling tinggi turut dilengkapi ciri Electronic Stability Control (ESC).

Nantikan laporan pelancaran Saga di laman web ini Rabu depan. Jangan buat-buat lupa pulak..

Nah, ini lah videonya.

 

Share this post

scroll to top