Buletin

PROTON UMUM BANTUAN TAMBAHAN

PROTON Holdings Berhad (Proton) ingin memaklumkan kepada pelanggannya bahawa Bank Muamalat Malaysia Bhd, AmBank (M) Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran ansuran pinjaman sehingga enam bulan untuk pelanggan kereta Proton yang terjejas akibat banjir. 

maybank-proton-mekanika

Ketiga-tiga institusi perbankan itu turut mengecualikan caj-caj tertentu berkaitan pembayaran lewat atau caj penalti untuk sekali sahaja.

Makluman ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Bank Muamalat, AmBank dan Maybank baru- baru ini.

bank-muamalat-proton-mekanika

Berikutan tawaran moratorium berkenaan, pemilik kereta Proton serta keluarga yang terjejas kini boleh menarik nafas lega kerana dapat memberi perhatian untuk membaik pulih semula kediaman yang rosak.

Justeru, pelanggan yang terjejas perlu terus menghubungi bank masing-masing dan menghantar permohonan mereka secepat mungkin. Ini supaya bank-bank berkenaan dapat dimaklumkan mengenai keadaan mereka dan tidak mengenakan apa-apa penalti jika terdapat sebarang pembayaran lewat.

ambank-proton-mekanika

“Langkah yang dilaksanakan oleh bank-bank ini memberikan Proton asas terbaik bagi memulakan perbincangan dengan institusi perbankan lain untuk melihat sama ada mereka juga mampu menghulurkan bantuan yang sama.

“Proton akan memaklumkan perkembangan terkini apabila memperoleh persetujuan daripada bank-bank lain,” kata tambah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Harith Abdullah.

proton-bantuan-banjir-mekanika

Dalam pada itu, pasukan sukarelawan PROTON yang membabitkan kakitangan dari ibu pejabat dan cawangan di Pantai Timur telah turun padang buat kali ke-2 dalam misi bantuan banjir yang digerakkan menerusi inisiatif syarikat induknya, DRB-HICOM Berhad.

Dilaksanakan dari 7 hingga 9 Januari 2015, misi ini akan membantu membersihkan sekolah di Tanah Merah, Kelantan serta menghulurkan barangan keperluan di Temerloh, Pahang.

Maklumat lanjut mengenai misi bantuan banjir ini boleh didapati menerusi laman facebook PROTON Holdings Berhad https://www.facebook.com/ProtonCars.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button