PROTON UMUM PELANTIKAN TUN M

SHARE

Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju untuk menjadi pengerusinya berkuat-kuasa mulai 16 Mei 2014. 

SONY DSC

Tun Dr. Mahathir juga dilantik sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus). Beliau menjadi penasihat Proton sejak tahun 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia.

Visi Tun Dr. Mahathir bukan sekadar mahu melihat impian kereta nasional direalisasikan, malah meluaskan kemampuan ekonomi negara dalam aspek memperoleh pengetahuan kejuruteraan automotif dan method pengilangan moden. Penubuhan Proton juga bermatlamat menawarkan kenderan yang mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia.

SONY DSC

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, kejayaan Proton sememangnya banyak dipacu oleh kepimpinannya. Kini, beliau akan mengetuai Proton sekali lagi dalam mengharungi cabaran baharu.  

“Kami di DRB-HICOM amat berbesar hati kerana Tun Dr. Matahir sudi menerima pelantikan ini, selain ingin meluangkan masa dan usaha untuk menyahut cabaran yang didepani oleh Proton,” kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Pelantikan itu menyaksikan Mohd Khamil tidak lagi menjadi Pengerusi Eksekutif Proton, tetapi kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah Proton. 

(Visited 106 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top