Buletin

PROTOTAIP HONDA BR-V

Honda baru-baru ini mendedahkan dua lakaran rasmi prototaip Honda BR-V serba baharu.

Honda-BR-V-mekanika (1)

BR-V yang bermaksud Bold Runabout Vehicle itu merupakan sebuah crossover utiliti yang dijangka melakukan debut global pada acara Gaikindo Indonesian International Auto Show 2015 Ogos depan.

BR-V menampilkan rekaan luaran lasak dan jarak kelegaan tanah yang tinggi. Di samping rim aloi yang besar dan roof rails. Model itu juga menawarkan kabin luas untuk menempatkan tiga baris tempat duduk.

Honda-BR-V-mekanika (2)

Model yang dijangka menjadi saingan langsung kepada Toyota Rush itu dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.5 liter dengan dua pilihan transmisi.

BR-V dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) yang berpangkalan di Thailand untuk pasaran Asia. Ini merupakan model ketiga yang dihasilkan oleh HRAP.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button