Buletin

PUSAT 3S MAZDA DI PERMAS JAYA DIBUKA

Bermaz baru-baru ini telah membuka sebuah pusat 3S di Permas Jaya, Johor.

Mazda-3S-Permas-Jaya-mekanika (8)

Dikendalikan oleh Azam Motors, pusat 3S tersebut terletak di lokasi strategik bagi memenuhi keperluan pelanggan Mazda di Johor Bahru. Bermaz kini memiliki rangkaian pengedar yang komprehensif melibatkan 78 cawangan di seluruh negara.

Menjadi pusat 3S yang ke-31 di Malaysia, ia memiliki keluasan tanah 45,000 kaki persegi. Pusat 3S itu merangkumi ruang pameran dan sembilan ruang penyelenggaraan. Dengan kakitangan seramai 19 orang, ia mampu menyelenggara sehingga 50 kenderaan setiap hari.

Mazda-3S-Permas-Jaya-mekanika (6)

Azam Motors telah melabur sebanyak RM3 juta untuk membina pusat 3S Permas Jaya. Selain di Permas Jaya, Azam Motors turut mengendalikan dua lagi pusat 3S Mazda yang terletak di Taman Sutera dan Indahpura.

Bermula sebagai pengedar bersaiz sederhana pada tahun 1984, Azam Motors berkembang menjadi antara pengedar terbaik Mazda. Jualannya meningkat daripada 120 unit pada tahun 2008 kepada hampir 1,000 unit kenderaan setahun sekarang.

SONY DSC

Kejayaan Azam Motors membuktikan dinamik jenama Mazda di bawah seliaan Bermaz. Sejak menjadi pemegang francais Mazda pada tahun 2008, jualan kenderaan Mazda terus meningkat dari tahun ke tahun.

Teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO yang mula digunakan pada tahun 2011 nyata menyumbang kepada populariti model-model Mazda. Gabungan teknologi yang revolusionari itu kini diaplikasikan kepada model-model seperti Mazda2, Mazda3, Mazda CX-5, Mazda6, Biante serta model facelift akan datang termasuklah MPV Mazda8 dan trak pikap Mazda BT-50.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button