Buletin

PUSAT 3S MAZDA JELUTONG DILANCARKAN – ANTARA PALING BESAR DI MALAYSIA

Bermaz Motor hari ini membuka cawangan dan pusat 3S terkini Mazda di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang.

Terletak di lokasi strategik di salah satu jalan utama di Pulau Pinang, outlet ini menawarkan akses yang mudah kepada pelangan dari kedua-dua kawasan Pulau Pinang (tanah besar dan pulau).

Pelaburan Bermaz ke atas pusat 3S baharu ini membuktikan komitmennya untuk terus mengukuhkan kehadiran jenama Mazda di Pulau Pinang.

Dengan kawasan binaan mencecah 24,138 kaki persegi dan ruang tanah seluas 39,992 kaki persegi, pusat 3S Mazda Jelutong merupakan salah satu cawangan terbesar Mazda di Malaysia.

Lengkap dengan identiti visual global Mazda yang terkini, cawangan terbaharu ini mampu menyediakan kapasiti lebih besar dari segi jualan dan perkhidmatan selepas jualan, demi memberi khidmat kepada jumlah pelanggan yang kian meningkat di Pulau Pinang.

Bilik pameran Mazda Jelutong mempunyai kapasiti ruang untuk menempatkan 14 buah kenderaan. Pusat 3S ini dilengkapi dengan tujuh ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 500 buah kenderaan sebulan, selain menyediakan servis dan kerja-kerja pembaikan biasa.

Semua juruteknik Bermaz adalah bertauliah dan terlatih untuk memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan. 

Cawangan baharu ini merupakan penyelesaian sehenti untuk jualan, penukaran kereta, pembiayaan dan khidmat selepas jualan demi memberikan kemudahan serta servis lebih lebih baik kepada pelanggan.

Daripada pembelian hinggalah pemilikan, 28 orang kakitangan di Mazda Jelutong komited untuk menawarkan program Pemilikan Mazda yang Menyenangkan (Mazda Peaceful Ownership Program) buat para pelanggan.

Mazda Peaceful Ownership Program

Semua kenderaan Mazda yang didaftarkan akan menikmati jaminan pengilang selama 5 Tahun/100,000km dan Penyelenggaraan Percuma 3 Tahun/60,000km berdasarkan kepada standard pengilang.

Para pelanggan Mazda akan menikmati servis berkala percuma sepenuhnya; termasuklah kos buruh, alat ganti dan minyak pelincir. Jaminan pengilang selama 5 tahun dan penyelenggaraan 3 Tahun melibatkan semua model kecuali trak pikap BT-50.

Unit Servis Bergerak Mazda

Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan Unit Servis Bergerak Mazda – menawarkan pemilik dengan servis dan penyelenggaraan  kereta di rumah tanpa sebarang kos tambahan di kediaman mereka.

Unit itu akan bergerak ke seluruh Lembah Klang dan Pulau Pinang untuk melakukan penyelenggaraan. Jenis penyelenggaraan yang dilakukan adalah servis berkala untuk kenderaan dalam tempoh 3 tahun/60,000km, pemeriksaan dan penggantian bateri, bilah penggilap cermin, pad brek, bendalir brek dan minyak transmisi automatik.

Ia membawa sejumlah peralatan yang lengkap, termasuklah set peralatan, jack-pantas aluminium 2.5 tan yang mampu mengangkat CX-5 dan BT-50, Mazda Mobile Diagnostic System (MMDS) untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pelbagai litar elektronik serta sebuah generator bagi mendapatkan bekalan elektrik.

Pusat 3S ke-34 Mazda

Pusat 3S Mazda Jelutong merupakan penambahan terbaharu dalam rangkaian Mazda yang ekstensif. Ia menjadi pusat 3S yang ke-34 dan cawangan Mazda yang ke-85 di seluruh negara. 

Premis ini terletak di 180 Jalan Jelutong, 11600, Georgetown, Pulau Pinang. Dibuka 7 hari seminggu.

Bilik pameran
Isnin hingga Sabtu  – 9:00 AM hingga 7:00 PM
Ahad/Cuti Umum – 10:00 AM hingga 5:00 PM
Tel – 04 2828 666

Servis Selepas Jualan

Isnin hingga Jumaat – 8:00 AM hingga 5:00 PM
Sabtu – 8:00 AM hingga 12:00 PM
Tel – 04 2826 893

Google ads
Back to top button