Buletin

PUSAT 3S TOYOTA DI LANGKAWI DIBUKA

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) baru-baru ini membuka pusat 3S baharu yang telah dinaik taraf di Langkawi, Kedah.

Toyota-3S-Centre-Langkawi-mekanika (3)

“UMW Toyota merancang untuk melabur sebanyak RM500 juta bagi proses pengembangan rangkaian bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia.

“Pelaburan ini dilaksanakan menerusi pembukaan cawangan-cawangan baru serta menaik taraf kemudahan sedia ada demi memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan,” kata Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki.

Pusat 3S ini memiliki keluasan mencecah 26,000 kaki persegi. Ia merangkumi ruang pameran yang boleh menempatkan tiga buah kenderaan dan sebuah lounge dengan kemudahan Wi-Fi. Sementara 12 ruang penyelenggaraan itu   mampu menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan sehari. Lexus Service Support (LSS) pula menyediakan servis asas dan pembaikan kecil buat pelanggan Lexus mulai akhir bulan ini..

Toyota-3S-Centre-Langkawi-mekanika (1)

Kemudahan ini dikendalikan oleh lapan kakitangan  jualan dan 12 staf selepas jualan yang terlatih di bawah seliaan Pengurus Cawangan Teh Kian Hui serta Pengurus Operasi Khidmat Pelanggan, Mohd Hilmi Rahmat.

Sehingga kini pada tahun ini, lebih 11,000 kenderan Toyota telah dijual di wilayah Utara, sekali gus menyumbang sebanyak 17 peratus kepada jualan keseluruhan UMW Toyota. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button