PUSAT 4S UTAMA ETCM DIBUKA DI GLENMARIE

SHARE

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) semalam secara rasminya melancarkan Pusat 4S Nissan utama di Glenmarie, Shah Alam.

Nissan-Glenmarie-4S- Centre-mekanika (20)

Majlis itu menandakan satu lagi pencapaian bersejarah buat ETCM yang hanya minggu lalu telah mengadakan majlis pembukaan besar-besaran Pusat 3S Taiping.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai yang diiringi oleh Presiden Tan Chong Motor Holdings, Datuk Tan Heng Chew. Nissan diwakili oleh Naib Presiden Kanan Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd., Kenji Naito. Manakala ETCM pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng.

Nissan-Glenmarie-4S- Centre-mekanika (2)

Pusat 4S serba lengkap baharu itu memiliki ruang binaan seluas 165,318 kaki persegi. Ia dilengkapi sebuah bilik pameran, pusat servis, pusat alat ganti serta pusat badan dan cat. Pusat 4S itu  turut merangkumi sebuah pejabat dan ruang pameran Kenderaan Terpakai Nissan yang Bertauliah MUV, Divisyen Sewa Beli dan Insurans serta Pusat Pengedaran Kenderaan.

Ruang pameran yang luas itu mampu mempamerkan sehingga 15 buah kenderaan Nissan. Ia dikendalikan oleh 28 kakitangan Nissan profesional untuk memenuhi keperluan pelanggan. Pusat servis yang canggih pula dikendalikan oleh 22 orang juruteknik berpengalaman dan berkemahiran tinggi.

Nissan-Glenmarie-4S- Centre-mekanika (7)

Dengan 27 ruang servis, ia memiliki kapasiti untuk menyelenggara sehingga 100 buah kenderaan setiap hari atau purata 3,000 kereta sebulan. Sementara itu, Pusat Badan and Cat pula menawarkan servis pembaikan, penjajaran dan mengecat badan kenderaan.

Kemudahan itu juga dilengkapi sebuah lounge moden dan ruang minuman. Ketika menunggu, para pelanggan boleh menikmati servis WIFI percuma. Bagi memberi kemudahan kepada pelanggan yang membawa anak-anak, ruang Kid’s Corner ada disediakan untuk mereka berhibur.

Nissan-Glenmarie-4S- Centre-mekanika (1)

Dengan pelaburan keseluruhan mencecah RM20 juta, pusat 4S itu sememangnya mampu memberi perkhidmatan menyeluruh kepada para pelanggan Nissan di bawah satu bumbung. Di samping menawarkan peluang pekerjaan sehingga 120 orang baharu  apabila ia beroperasi sepenuhnya.

ETCM buat pertama kalinya telah memperkenalkan konsep peruncitan unik dengan menempatkan sebuah butik sukan bermotor bagi produk NISMO dan IMPUL, selain butik V-Kool untuk pelanggan yang ingin mengubah suai kenderaan mereka.

Nissan-Glenmarie-4S- Centre-mekanika (11)

Bagi pelanggan yang ingin berehat pula, mereka boleh berbuat demikian di Zen Lounge yang dilengkapi kerusi urut Gintell.

Sehingga kini, ETCM memiliki rangkaian ekstensif melibatkan 100 buah bilik pameran termasuk pengedar dan 60 buah Bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara.

Share this post

scroll to top