Artikel PilihanBuletin

PUTERA SAUD BELI KERETA PAMERAN BUGATTI CHIRON DAN KONSEP GT GRAN TURISMO

Ingat lagi kereta Bugatti Chiron dan Vision Gran Turismo yang dipamerkan dalam Pameran Motor Geneva dan Pameran Auto Frankfurt tahun lepas? Maaf, anda terlambat nampaknya, ia telah dijual kepada putera keluarga Saudi, Badr bin Saud. Pengumuman dibuat dalam akaun Instagram Bugatti namun tiada harga yang dinyatakan.

Chiron  (3)

Spekulasi media menganggarkan Putera Badr bin Saud telah membayar sekurang-kurangnya USD$5 juta untuk unit Chiron sahaja.  Vision Gran Turismo? Tidak dapat diagak langsung kerana ia adalah sebuah kereta konsep yang dihasilkan untuk proses pembikinan Gran Turismo Sport Sony Playstation. Ia bukan untuk produksi seperti Chiron. Ia satu-satunya model yang dibina bukan untuk produksi.

Bagi seorang yang memiliki kekayaan sebanyak USD$21billion, membeli kedua-dua kereta pameran ini umpama kita membeli keropok lekor di tepi jalan. Beliau tidak perlu menunggu sehingga Chiron dilancarkan sepenuhnya tahun depan, telefon sahaja CEO Bugatti kemudian tanya;

Chiron  (5)

“Boleh saya beli Chiron dan Vision Gran Turismo tu? Bila boleh dihantar ke rumah saya?, nanti ambil cek dengan cleaner saya ada tunggu di garaj, awak isilah berapa jumlah harganya, cek dah di sign”

Tak mustahil juga pembeli seperti ini boleh jadi prospek model penting Galibier yang akan diperkenalkan selepas Chiron. Realitinya, pembuat kereta mewah, hypercar dan kereta eksotik mampu berdiri hari ini kerana pasaran penting Timur Tengah. Negara yang paling ideal untuk pencinta kereta. Cukai jalan yang tak masuk akal punya murah, kereta murah dan minyak yang lebih murah dari air mineral.

 

Siapa kata wang tak boleh beli kebahagiaan?

 

Chiron  (4)  Chiron  (1)Chiron  (2)

Google ads
Back to top button