Buletin

QOROS 3 HATCH

Selepas setahun melakukan debut global di Geneva, jenama automotif baharu, Qoros memperkenalkan pula kereta produksi keduanya iaitu Qoros 3 Hatch.

Qoros 3 Hatch (3)

Bakal menemui orang ramai di Geneva International Motor Show 2014, ia dijangka dilancarkan di pasaran China pada pertengahan tahun ini. Ia dikatakan bakal menarik golongan yang gemarkan gaya, bebas dan aktif.

Qoros 3 Hatch (6)

Reka bentuk Hatch mengambil inspirasi tema gaya automotif Eropah dan hala tuju rekaan Qoros. Memiliki rekaan seperti sebuah coupe, jentera itu ditawarkan dalam empat varian iaitu Essence, Experience, Experience Plus dan Elegance. Ia dikatakan dipasang dengan pelbagai ciri yang biasanya tidak ada pada model-model dalam segmen kompak.

Qoros 3 Hatch (9)

Sebagai contoh, sistem infotainmen dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci, Qoros MMH™ (Multi Media Hub) serta platform khidmat sambungan QorosQloud™ yang didatangkan sebagai ciri standard untuk semua varian.

Qoros 3 Hatch (5)

Qoros 3 Hatch dibangunkan oleh sepasukan pakar dan bakat baharu automotif di China. Ia menyerlahkan kualiti kejuruteraan dan standard tertinggi bagi menarik minat pasaran antarabangsa.

Qoros 3 Hatch (11)

Dibina di atas platform modular yang sama dengan model Qoros 3 Sedan, hatch menampilkan tiang C, bumbung, panel sisi dan lampu belakang baharu. Jentera itu dijana oleh unit enjin aspirasi biasa (NA) empat silinder bersesaran 1.6 liter yang dipadankan bersama kotak gear manual atau automatik berkembar enam kelajuan.

Qoros 3 Hatch (10)

Qoros 3 Hatch akan dihasilkan di kilang baharu Qoros yang cekap dan mesra alam di Changshu, kira-kira 80km dari Shanghai, China.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button