RAKYAT MALAYSIA MEMANG SUKA KERETA HONDA – JUALAN 2017 TERTINGGI DALAM SEJARAH!

SHARE

Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa mereka mencatat rekod peribadi terbaik setakat ini. Jualan berakhir tahun 2017 mencatat rekod tertinggi dengan 109,511 unit.

Honda masih mengekalkan reputasi sebagai jenama bukan Nasional paling laris di Malaysia. Ia adalah sejarah terbaik yang dicatatkan Honda Malaysia sejak ditubuhkan pada 2003.

Bukan itu sahaja, belum pernah ada jenama bukan Nasional yang berjaya menjual kereta mereka sebanyak ini dalam sejarah. 

Rekod jualan 2017 ini juga merupakan peningkatan hampir 20 peratus daripada yang diperolehi pada tahun sebelumnya.

Tidak dinafikan, 2017 merupakan tahun bertuah Honda kerana mereka mempunyai enam model baru yang dilancarkan. Ia adalah momentum yang positif semenjak awal tahun menerusi model BR-V yang menjadi MPV terlaris dalam kategorinya.

Ia pernah catat jualan lebih tinggi dari Perodua Alza.

Selain mengekalkan aspek pakej, kualiti dan penyelenggaraan yang tidak membebankan, harga kenderaan Honda hari ini semakin mampu milik. Atas usaha memasang secara tempatan (CKD), kenderaan Honda bukan sahaja lebih murah, malah harga jualan baliknya adalah yang tertinggi di kalangan jenama bukan Nasional.

 

 

(Visited 1 times, 78 visits today)

Share this post

scroll to top