Artikel PilihanBuletin

RAM BLACK EXPRESS

Baru-baru ini, pengeluar trak dari Amerika Syarikat, Ram Truck Brand telah memilih salah sebuah traknya dan menjadikannya sebuah trak yang penuh dengan attitude.
“Ram Trucks dikenali dengan rekaannya yang berani dan menonjol, Black Express yang baru membawakan rekaan agresif sebuah Ram ke tahap yang baru dengan menghitamkan keseluruhan trak,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ram Truck Brand, Reid Bigland.

RM013_099FN

Penampilan Ram Black Express 2013 nyata mempunyai gaya tersendiri. Bermula dengan rim aluminium bersaiz 20 inci, bampar belakang serta logo Ram pada gril dan bahagian belakang.

Ia juga tampil dengan lampu utama jenis halogen projektor dwi fungsi yang diletak dalam perumah berwarna hitam. Semua lampu seperti lampu isyarat membelok, lampu sisi dan belakang semuanya menggunakan butiran LED.

slider luar

Trak ini hadir dalam opsyen pacuan dua roda dan empat roda, bersama gaya badan  regular cab, quad cab atau crew cab.

Bagi disesuaikan dengan wajahnya yang ganas, trak ini dipasang dengan unit enjin HEMI V-8 bersesaran 5.7 liter dengan teknologi penjimatan minyak. Ia mampu menjana kuasa sehingga 395hp dan tork 555Nm.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button