Buletin

RANGE ROVER EVOQUE 2020 SERBA BAHARU SUDAH TIBA

Hampir dua tahun selepas gambar intipan pertama Land Rover Range Rover Evoque generasi baru muncul, SUV premium dari Britain akhirnya didedahkan kepada umum.Ya – ia kelihatan seperti Velar, tetapi ada banyak ciri lebih menarik yang telah diterapkan.

Walaupun nampak lebih besar, sebenarnya Evoque baru hampir sama deimensinya dengan model yang digantikan. Ia dibina berdasarkan platform New-Architecture Transverse Architecture yang akan menjadi asas baru bagi produk Land Rover akan datang.

Pelantar baru ini menyediakan lebih banyak ruang untuk penumpang, terutamanya di bahagian belakang. Ruang kargo kini sekitar enam peratus lebih besar pada 610 liter yang bertambah hingga 1,430 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Bahagian dalaman mempunyai inspirasi Velar menerusi susun atur dwi-skrin di bahagian konsol tengah. Kini terdapat juga kluster instrumen digital sepenuhnya, serta kawalan kerusi 16-posisi.

Land Rover akan menawarkan pelanggan beberapa kombinasi bahan yang akan mewujudkan “ruang yang tenang dan bagi memastikan keselesaan penghuninya.”

Dengan penambahbaikan ini SUV dari UK itu 13 peratus lebih berat daripada sebelumnya. Begitupun, tahap bunyi dan getaran telah dikurangkan dengan ketara.

Sehingga 33 kilogram)bahan semula jadi dan bahan kitar semula telah digunakan dalam pembinaan setiap Evoque baru untuk mengurangkan kesan alam sekitar.

Bercakap mengenai platform baru ini, ia juga menyokong sistem elektrifikasi dan Land Rover turut memperkenalkan sistem hibrid ringan yang pertama. Ia didatangkan dengan enjin empat silinder bersama motor  48-volt, 221-kilowatt sistem hibrid ringan dengan posisi simpanan pek bateri di bawah lantai.

Semua Evoque baru akan dipasangkan dengan pemacu semua roda dan sistem Terrain Response sebagai peralatan standard. Ia menawarkan enam mod pemacu, General, Eco, Sand, Grass-Gravel-Snow, Mud-Ruts, dan Auto, yang membolehkan kenderaan memilih secara automatik mod yang paling sesuai.

Evoque baru juga mempamerkan versi pengeluaran sistem Clear View Land Rover Land Rover. Ia menggunakan kamera di gril hadapan dan cermin sisi untuk memperlihatkan apa yang di hadapan dan di bawah bahagian depan kenderaan ke paparan sistem infotainment.

Kamera tersebut ditutup dengan salutan hidrofobik yang menangkis air dan juga lumpur.

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button