Range Rover Sport

SHARE

Sempena New York Auto Show 201, Land River bakal melakukan debut model Range Rover Sport serba baharu di Manhattan, New York, Amerika Syarikat pada 26 Mac depan. 

Model itu disifatkan sebagai Land Rover paling pantas, responsif dan lincah yang pernah dihasilkan setakat ini. New York dipilih kerana ia dikatakan sebagai pasaran Range Rover Sport paling besar. Malah, Range Rover Sport merupakan model terlaris Range Rover di pasaran Amerika Utara.

Range Rover Sport menjadi model ketiga dalam keluarga Range Rover untuk tempoh dua tahun. Pelancarannya dibuat selepas pengenalan Range Rover Evoque pada tahun 2011 dan Range Rover serba baharu pada tahun lalu.

Buat pertama kalinya, acara itu akan disiarkan secara langsung kepada audien di seluruh dunia menerusi laman mikro – www.newrangeroversport.com.  Mereka yang mendaftar di laman tersebut akan menerima satu jemputan khas untuk menyaksikan pelancaran, selain mendapat kandungan dan maklumat ekstra mengenai jentera itu.

“Range Rover Sport serba baharu telah membawa model ini ke satu tahap berbeza. Ia merupakan kenderaan paling dinamik setakat ini dan menampilkan reka bentuk, kejuruteraan serta inovasi teknologi terbaik Britain,” kata Pengarah Jenama Global Land Rover, John Edwards. – Newspress

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top