Buletin

RANGE ROVER SPORT DAKI 999 ANAK TANGGA PADA KECURAMAN 45 DARJAH DI CHINA

99 pusingan yang memeningkan dan 999 anak tangga tidak mampu menghalang Range Rover Sport untuk menyempurnakan cabaran mendaki Heaven’s Gate yang terkenal di China.

SUV berprestasi tinggi itu menjadi kenderaan pertama yang berjaya mendaki laluan yang terdiri daripada batu-batu semula jadi tersebut.

Cabaran dimulakan pada kaki bukit yang dikenali sebagai Tianmen Mountain Road (Dragon Road). Dipasang dengan tayar yang telah diperkukuhkan, Range Rover Sport itu dipandu oleh pemenang perlumbaan Le Mans dan pemandu uji Panasonic Jaguar Racing, Ho-Pin Tung.

Ho-Pin Tung dilihat mengoptimumkan fungsi Terrain Response® sepanjang bahagian kedua cabaran. Ia membolehkannya mendaki anak tangga dengan kecuraman 45 darjah sebelum sampau ke Heaven’s Gate2 yang legendari itu.

“Saya pernah berlumba dalam Formula E, Formula 1 dan menang 24 Hours of Le Mans. Tetapi ini memang antara pemanduan yang paling mencabar,” kata Ho-Pin Tung.

Pakar Land Rover Experience, Phil Jones mengakui ini merupakan cabaran Range Rover Sport yang paling sukar pernah disertainya. Sebabnya, selagi jentera ini tidak sampai ke titik penamat, mereka tidak pasti akan berjaya atau sebaliknya.

“Cabaran ini jelas membuktikan keupayaan luar biasa Range Rover Sport,” kata Jones.

Ini merupakan aksi terkini yang berjaya disempurnakan oleh Range Rover Sport selepas model PHEV itu melakukan debut dalam perlumbaan menentang juara renang dunia Keri-anne Payne dan atlet endurance, Ross Edgley di Devon, UK.

Google ads
Back to top button