RANGE ROVER VELAR TIBA Q2 DI MALAYSIA

SHARE

Berita baik untuk mereka yang menunggu kehadiran Range Rover Velar 2018.

Ini kerana akan tiba di pasaran Malaysia pada suku kedua tahun depan. Dinamakan sempen model prototaip Range Rover yang dihasilkan pada tahun 1969, Velar ialah  SUV bersaiz sederhana dengan tahap kemewahan dan kehalusan buatan lebih tinggi

Velar diposisikan di antara Range Rover Evoque dan Range Rover Sport. Reka bentuknya begitu seimbang, serta menjanjikan ruang dalaman yang luas.

Jentera itu tampil dengan reka bentuk kontemporari dan teknologi terkini. Dia didatangkan bersama lampu LED sepenuhnya yang pertama pada sebuah Range Rover.

Badannya dibina menggunakan kerangka seni bina aluminium monokok  yang ringan. Dengan 81 peratus bahan aluminium, tiada pesaing yang dapat menandingininya.  

Dipadankan pula dengan suspensi double wishbone di hadapan dan Integral Linkdi belakang, ia menjanjikan pemanduan mantap. Tahap kecekapannya dipertingkatkan lagi menerusi kadar pekali seretan yang hanya 0.32, sekali gus menjadi model Land Rover paling dinamik setakat ini.

Ruang kabin Velar dilengkapi sistem infotainmen Touch Pro Duo yang terdiri daripada dua skrin sentuh beresolusi tinggi. Seterusnya melengkapkan lagi rekaan kabin yang minimalis itu.

Direka dan dibangunkan di pusat R&D Land Rover d UK, Velar akan dikilangkan di kemudahan di Solihull, UK.

Perincian Velar akan diumumkan pada Q2 2018. Velar kini sudah dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Land Rover di seluruh negara. Pelanggan juga boleh menyatakan minat mereka di laman web: www.landrover.com.my/keep-me-informed

Share this post

scroll to top