Artikel PilihanBuletin

RANGER ROVER TERPANTAS

Pasaran mewah SUV Indonesia semakin meriah dengan kehadiran Range Rover Sport SVR. Model SUV terpantas milik Land Rover itu dibawakan oleh PT Grandauto Dinamika.

Land-Rover-Range-Rover-Sport-SVR-mekanika (2)

Difahamkan harga model tersebut adalah di bawah RM1,860,000 seunit.

Kejutan baharu daripada Range Rover Sport SVR itu tentunya akan memikat penggemar Jaguar Land Rover di Indonesia yang menginginkan sebuah premium SUV yang kukuh, sporty, mewah, selesa dan pantas.

Land-Rover-Range-Rover-Sport-SVR-mekanika (1)

Range Rover Sport SVR dijana oleh enjin 5.0 liter Supercharge V8 petrol. Ia mampu menghasilkan kuasa 550hp dan tork setinggi 680Nm.

Kuasa buas berkenaan disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan. Kekuatan itu membolehkan SUV berkenaan memecut dari sifar sehingga 100km/j dalam tempoh 4.7 saat.

Land-Rover-Range-Rover-Sport-SVR-mekanika (4)

Kelajuan maksium mampu dicapai ialah 260km/j. Antara ciri standard yang didatangkan pada produk British itu termasuklah bampar hadapan dan belakang, gril dan spoiler SVR.

Land-Rover-Range-Rover-Sport-SVR-mekanika (8)

Bahagian hadapan didatangkan dengan lampu Xenon bersama ciri pengcahayaan signatur Range Rover. Tidak ketinggalan, ciri Follow Me Home.

Pada bahagian kabin pula, pihak Land Rover menampilkan kemasan aluminium berwarna gelap, kawalan pendingin hawa tiga zon, panel instrumen virtual TFT, skrin sentuh hiburan 8-inci dan sistem audio Meridian bersama 19 unit pembesar suara.

Land-Rover-Range-Rover-Sport-SVR-mekanika (5)Aspek keselamatan Range Rover Sport SVR disokong oleh sistem EBA, ABS, EBD, Cornering Brake Control, Hill Descent Control, Eletronic Traction Control, Gradient Release Control dan banyak lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button