Buletin

RANGER WILDTRAK PIKAP TERBAIK COTY 2015

Ford Ranger WildTrak dinobatkan sebagai ‘Pick Up of the Year’  pada majlis anugerah Car  of the Year (COTY 2015) anjuran New Straits Times-Maybank.

Ford-Ranger-facelift-2015-mekanika-4-640x323

Pengarah Urusan Pasaran Malaysia dan Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman berkata ia merupakan anugerah  kedua yang diterima oleh Ranger daripada COTY.  Kali pertama pada 2012 sebagai kereta keseluruhan terbaik (Overall Car of the Year).

“Kami berbesar hati menerima pengiktirafan industri yang berprestij ini kerana Ranger baharu sememangnya memiliki keupayaan, keselamatan dan teknologi canggih tiada tandingan,” katanya.

Ford-Ranger-facelift-2015-mekanika-13-640x426

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz pula menyatakan anugerah berkenaan membuktikan komitmen berterusan pihaknya dengan Ford untuk membawa masuk barisan model kereta, trak pikap dan SUV terbaik dunia ke pasaran tempatan.

Ford Ranger Wildtrak dilengkapi enjin 3.2 liter Duratorq lima silinder. Pikap trak itu memiliki kapasiti mengangkut beban paling tinggi dalam segmennya sehingga 1,200 kg dan keupayaan meredah air sedalam  800mm.

Ford-Ranger-facelift-2015-mekanika-9-640x323

Ford Ranger juga menawarkan pakej keselamatan pasif dan aktif yang lengkap. Antaranya termasuklah enam beg udara, Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX.

Ia juga satu-satunya trak pikap di Malaysia yang dilengkapi alat pengesan parkir di bahagian hadapan dan belakang.

Ford-Ranger-5-star-Asean-NCAP-mekanika-1-640x396

Selain itu, Ranger baharu menerima penarafan tertinggi dalam segmen trak pikap dengan 15.45/16 mata oleh Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Maklumat lanjut  mengenai Ford di Malaysia, sila layari laman web: www.ford.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button