Buletin

REN RS – SUPERCAR CHINA DENGAN KUASA 1,287hp

Techrules akan mendedahkan supercar berprestasi tinggi Ren RS pada Geneva Motor Show 21018, bulan depan.

Syarikat yang berpangkalan di Beijing itu menyatakan bahawa Ren RS direka khas untuk kegunaan di atas litar sahaja.

Tampil dengan reka bentuk dramatik yang diinspirasikan daripada kanopi pesawat pejuang, ia mempunyai satu tempat duduk.  

Ren RS direka oleh pereka automotif terkemuka dunia, Fabrizio dan Giorgetto Giugiaro.

Jentera itu boleh dikonfigurasi menggunakan empat atau enam motor elektrik dengan kuasa maksimum 1,287hp. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3 saat dengan pecutan maksimum 330km/j.  

Apa yang menjadi perhatian pastinya rangkaian kuasa Turbine-Recharging Electric Vehicle (TREV) milik Techrules yang revolusionari. Sistem itu menggunakan sebuah turbin yang mengecas pek bateri berkapasiti tinggi mencecah 28kWh.  

Digabungkan dengan inovasi teknikal yanglain, 80 liter diesel mampu memberikan jarak sehingga 1,170km.

Dengan menjalin beberapa pakatan strategik untuk perniagaan supercar dan kereta premiumnya, Techrules boleh meningkatkan keupayaan produksi dan kejuruteraannya.

Techrules dijangka melancarkan Ren RS dalam masa dua tahun.  

Google ads
Back to top button