Buletin

RENAULT FLUENCE FORMULA EDITION – RM126,688

Pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC) semalam memperkenalkan Renault Fluence Formula Edition.

Renault-Fluence-Formula-Edition-mekanika (4)

Tampil dengan rekaan luaran dan dalaman yang tersendiri, model edisi khas itu ditawarkan sempena keputusan Renault untuk kembali bersaing dalam perlumbaan Formula One™ sebagai sebuah pasukan penuh dan dijangka beraksi pada acara Malaysian Grand Prix 2016.

Komponen khas pada bahagian luar termasuklah lima keping body kit, pelekat berwarna biru dan merah, peredam serta rim aloi berwarna dua tona hitam.

Renault-Fluence-Formula-Edition-mekanika (3)

Ruang kabin Renault Fluence Formula Edition hadir bersama kemasan hitam berkilat dan tempat duduk kulit berwarna maroon.

Aspek teknikal tidak berubah, Renault Fluence Formula Edition masih menggunakan enjin petrol 2.0L yang dipadankan dengan kotak gear automatik CVT X-Tronic. Ia mampu menjana kuasa maksimum 143 PS @ 6,000rpm dan tork puncak 195Nm @ 3,750rpm.

Renault-Fluence-Formula-Edition-mekanika (6)

Spesifikasi utama Renault Fluence termasuklah:

  • Sistem multimedia Renault R-LINK dan paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama navigasi binaan dalam
  • Ketersambungan USB dan kit Bluetooth bebas tangan bersama ciri pemain semula muzik
  • Kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, dengan ciri kunci automatik sebaik sahaja pemandu berlalu pergi
  • Kawalan suhu automatik dan corong pendingin hawa di belakang
  • ESP (Electronic Stability Program) dengan ASR (kawalan cengkaman)
  • Enam beg udara (hadapan, sisi dan jenis curtain)
  • Cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada kerusi belakang
  • Kawalan jelajah dengan pengehad kelajuan
  • Tali pinggang keledar 3 poin yang boleh dilaras ketinggiannya dengan ciri pra-regangan
  • Pintu akan dikunci secara automatik apabila kenderaan bergerak pada kelajuan 10km/j dan ke atas
  • Ruang but 530 liter – antara yang paling besar dalam kelasnya – boleh ditingkatkan dengan tempat duduk belakang berkonfigurasi 60:40.

Renault Fluence Formula Edition juga hadir bersama jaminan pengeluar dengan jarak perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insurans. Maka, terma dan syarat serta alat ganti yang dilindungi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan itu tamat.

Renault-Fluence-Formula-Edition-mekanika (5)

Renault Fluence Formula Edition ditawarkan pada harga RM126,688 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja). Dua pilihan warna diberikan – hitam metalik atau putih mutiara.

Maklumat lanjut mengenai Renault, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Google ads
Back to top button