RENAULT MEGANE RS RED BULL RACING RB8

SHARE

Pengedar kenderaan jenama Renault di Malaysia, TC Euro Cars Sdn. Bhd. (TCEC) sekali lagi mengujakan pasaran hot hatch tempatan apabila memperkenalkan model Renault Mégane R.S. Red Bull Racing RB8. 

SONY DSC

Renault Mégane R.S. Red Bull Racing RB8 dihasilkan untuk meraikan kejayaan kolaborasi di antara Renault dan Red Bull Racing sebagai pengeluar nombor satu dalam perlumbaan F1 buat kali ketiga.

Renault hanya menghasilkan 815 unit jentera ini untuk 26 buah negara di seluruh dunia. TCEC berjaya mendapatkan 15 unit dengan 10 daripadanya telah ditempah. Pengurus Besar TCEC, Reza Mutalib memberitahu kebanyakan pembeli Renault Mégane R.S. Red Bull Racing RB8 adalah terdiri daripada pemilik Renault Mégane R.S.

SONY DSC

Model edisi terhad Megane RS 265 ini didatangkan dalam warna biru Red Bull Racing. Sama seperti jentera yang dipandu oleh Sebastian Vettel.

Perbezaannya dapat dilihat pada grafik di bahagian belakang dan sisi kereta. Sementara kemasan platinum pada F1 blade, hendal pintu, perumah cermin sisi dan spoiler belakang menyerlahkan lagi eksklusiviti model ini. Penampilan hot hatch idaman ramai ini kemudian disempurnakan oleh rim aloi bersaiz 19 inci yang dibalut tayar Bridgestone Potenza.

SONY DSC

Bahagian dalaman turut menerima beberapa ciri eksklusif. Misalnya penjenamaan Red Bull Racing pada karpet dan plat aluminium dengan nombor siri. Manakala tempat duduknya ialah Recaro yang dibalut kulit.

Para pemandu pasti berpuas hati dengan sistem multimedia R-Link berwarna serta  sistem pemantauan data R.S. Monitor 2.0 yang baru. R-Link berfungsi memaparkan maklumat navigasi, telefon, multimedia dan sistem kenderaan. Ia boleh dikawal menerusi skrin sentuh, fungsi arahan suara atau joystick yang diletakkan pada konsol tengah.

Renault Megane RS 265 RB8-38

R.S. Monitor 2.0 pula membolehkan pemandu meengetahui maklumat pemanduan mereka melalui maklumat dalam bentuk 3D. Ia kini juga hadir dengan kamera undur.

Aspek mekanikal Mégane R.S. Red Bull Racing RB8 tidak berubah. Jentera ini tetap menggunakan chasis Cup, LSD, enjin turbo 16 injap bersesaran 2.0 liter dan teknologi terbaik Renault Sport.

SONY DSC

Jika berminat, masih ada lima unit yang tinggal. Untuk melihatnya secara dekat sila kunjungi pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur sekarang hingga Ahad ini (27 Oktober 2013).

Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCRenault Megane RS 265 RB8-28Renault Megane RS 265 RB8-31Renault Megane RS 265 RB8-34

Share this post

scroll to top