RIM TITANIUM YANG NAMPAK PELIK INI HASIL CETAKAN 3D – PERTAMA SEUMPAMANYA DI DUNIA

SHARE

HRE dengan kerjasama GE Additive baru-baru ini memperkenalkan rim titanium cetakan tiga dimensi (3D) yang pertama di dunia.

Rim prototaip yang dikenali sebagai HRE3D+ itu membuktkan bagaimana teknologi baru akan memberi impak kepada reka bentuk rim pada masa depan. Ia membolehkan reka bentuk yang kompleks digabungkan dengan material termaju seperti titanium.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pencetakan 3D menjadi satu faktor utama dalam pengilangan rim atau roda. Perkembangan tersebut banyak dibantu oleh kecekapannya yang mana hanya 5 peratus material akan dibuang dan dikitar semula. 

Lagi pun, titanium dilihat sebagai material paling sesuai untuk menghasilkan roda. Ia lebih kukuh berbanding aluminium dan tahan kakisan, selain sangat ringan serta boleh dihasilkan terus tanpa memerlukan kemasan terakhir.

Rim cetakan 3D juga membolehkan pereka bentuk membuat rekaan tanpa had.

HRE3D+ dihasilkan dalam lima bahagian berasingan sebelum dicantum dengan bahagian tengah rim gentian karbon menggunakan pelekat titanium. Rekaan yang dihasilkan juga luar biasa.

Jejari bersilang-silang itu nyata memberi gayaan lebih dramatik jika dilihat dari mana-mana sudut sekali pun.

“Ini merupakan satu projek yang penting dan sangat mengujakan kerana kami dapat melihat masa depan penghasilan roda. Kerjasama dengan pasukan AddWorks daripada GE Additive memberi kami akses terhadap teknologi aditif terkini.

“Kolaborasi ini memberi peluang kepada kami untuk melangkaui sempadan reka bentuk rim yang sememangnya mustahil jika menggunakan teknologi sedia ada,” kata Presiden HRE, Alan Peltier. 

GALERI

Share this post

scroll to top