RINDU YAMAHA FZ150? INI V-IXION R DI INDONESIA (GUNA BARANG R SUKU)

SHARE

Yamaha FZ150 mempunyai sejarah yang panjang. Di negara kita motosikal ini bermula pada tahun 2008 tetapi ia sebenarnya bermula di Jepun dengan nama FZ150 Breeze pada tahun 1991 dan kemudian dijual di pasaran terpilih seperti Australia dan Eropah.

Menariknya motosikal ini bermula dengan enjin V berkembar dan kami sudah menulis tentangnya pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, FZ150 semestinya dipasarkan di Indonesia yang merupakan di antara pasaran terbesar di dunia. Di sana FZ150 dikenali sebagai V-Ixion.

Kredit/hakcipta: Yamaha Motor Indonesia

Setelah sepuluh tahun di negara kita belum tahu lagi apa susulan model ini. Mungkin Yamaha YZF-R15 sahaja yang gantikannya?

Pada Ogos tahun lalu, Yamaha telah melancarkan V-IXION R yang menggunakan enjin 155 cc VVA. Macam kenal kan?

Model R ini adalah tambahan kepada V-IXION dan menggunakan rangka, enjin dan lengan ayun sama seperti YZF-R15.

Enjin sama, kuasa pun sama iaitu 19 hp pada 10,000 rpm dan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm dan turut dilengkapi klac A&S (Assist & Slipper). Gaya tunggang lebih tenang sebab segmen naked bike, tetapi Yamaha panggilnya sebagai naked sports.

Kredit/hakcipta: Yamaha Motor Indonesia

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, siri V-IXION memang popular dan berada dalam segmen yang agak besar. Pasaran motosikal Indonesia mempunyai saiz sebesar 5.6 juta unit dan 10 peratus daripadanya ialah model sport.

V-IXION R dikatakan sesuai untuk penunggang lelaki bujang dalam lingkungan umur 20an yang mahukan sebuah motosikal untuk berjalan jauh (touring) dan kegunaan praktikal harian.

Yamaha V-IXION R dipasarkan pada harga 28,800,000 rupiah di Jakarta atau bersamaan RM 8,283. Tahu tak berapa sasaran jualan model ini? 100,000 unit untuk tahun pertama jualan. Padu betul.

Cuma satu perkara di negara kita ialah, FZ150i atau V-IXION baru nampak seperti ada peluang sebab NVX adalah skuter dan YZF-R15 pula dah masuk segmen sportbike dengan gaya tunggang pun macam nak berlumba. Bukan semua suka skuter dan sportbike kan?

Kredit/hakcipta: Yamaha Motor Indonesia

*1 MYR = 3,47 IDR

BACA KENANGAN 2017: YAMAHA FZ150i- ADAKAH INI PETANDA M-SLAZ AKAN SAMPAI TAK LAMA LAGI?

BACA MOTOSIKAL OTAI: YAMAHA FZ150 V-TWIN – INILAH DATUK KEPADA YAMAHA FZ150

Share this post

scroll to top